Friday, February 6, 2009

pelik tetapi benar....

Pelik.... Kerajaan Perak dalam pimpinan Pakatan Rakyat tumbang dalam tempoh tak sampai 1 tahun mentadbir... tetapi itulah kebenarannya...

Pelik kerana Menteri Besar Perak, Tan Sri Nizar dilihat sangat positif dengan perbincangan bersama Sultan Perak... tetapi kebenaranyaa.... beliau sendiri tidak tahu selang beberapa jam Jawatannya telah diminta untuk dikosongkan....

Pelik ..... pemilihan Menteri Besar Perak yang baru sangat mudah diatur dalam tempoh tidak sampai 48jam.. sedangkan semasa Tan Sri Nizar... banyak betul prosedurnya.....

Pelik.... susunatur politik di Malaysia... kebenaranya ternyata... jalan tidak semudah yang disangka....

"weishhhhhhh bunyi mcm sokong Pakatan Rakyat jerrrr..." terdengat oleh saya hati seseorang berbisik....

Jawapannya tidak.... tidak sama sekali.....

________________________

Keadaan terkocoh2 di Perak... sangat membimbangkan.... walaupun saya duduk di Selangor.... hakikat di Perak saya tidak tahu.... Why this and Why that.... hanya mereka yang masuk ke Istana Kinta sahaja ada jawapannya....

Tapi sebagai rakyat Malaysia yang masih mempunyai hati dan perasaan.... saya turut terpanggil untuk mengambil tahu perihal di Perak.... mengimbas sebahagian besar blog2 dan berita2 tentang Perak.....

Sadis.... melihatkan seorang Menteri Besar diperlakukan sedemikian.... jahat sangatkah dia....?? terukkah rasuahnya? ... bongkak kah dia ??.... Jawapannya NTAH.... hanya orang kat Perak je yang tau......

Yang memerhati, membaca dan mendengar dari jauh ini.... berpendapat.... sebagai manusia.... layanlah manusia lain sebagai manusia.... Allah melihat perbuatan kita... Allah menilai kita... muhasabahlah kita semua.....

Hakikatnya... perasaan saya bercelaru.... jika beginilah sikap pemimpin negara ini.... macam manalahhhhhhh hidup anak2 saya pada masa akan datang.......

Ya Allah selamatkanlah Malaysia....

sambung pelik tetapi benar.....

Tak der peliknya.... kat Perak tu sebenarnya.... sebab 2 parti yang berbeza berusaha untuk memegang tampuk pemerintahan..... TAPI YANG PALING PELIK...... masa kat Terengganu dulu.... dalam satu parti pun... gaduh2 juga.... sebab nak jadi Menteri Besar....

haaa haaa haaa.... aku tetiba berpolitik lakkkk

No comments: