Sepanjang pengamatan saya orang Melayu Malaysia ni ada bermacam ragamnya tapi sangat bersetuju dengan satu perkara.... later kita cerita tentang satu perkara itu... sekarang saya senaraikan sebahagian ragam Melayu Malaysia ni...
Ramai Melayu memang mengaku melayu... sungguhpun ada yang berketurunan Jawa, Banjar, Bugis (cam gue leeee...), Minang dan sebagainya... Melayu ni pula ada yang tinggal di bandar dan di kampung... tapi kadar penguasaan pengetahuan tidak dapat dinafikan antara bandar dan desa.... sbb tuh... ramai gak budak2 dari kampung yang dapat melanjutkan pelajaran ke Luar Negara.... pas tuh terus jadik orang bandar.... kita tau dia dari kampung sbb dia bagitau atau kalu bila raya diorang ni hilang seminggu.... sbb balik kampung beraya....
Okay.... bila cakap pasal Melayu nih.... cara pergaulan juga berbeza2, ada yang terkelompok dalam kumpulan mereka... ada yang tak mau langsung campur ngan orang melayu... ada gak yang tak mau langsung dah cakap Melayu.... ada juga yang cakap bercampur2, Ini tak dapat dinafikan kerana kesan perhubungan dan pergaulan, even Bahasa Melayu tulen juga mempunyai unsur2 bahasa Arab, Cina, Tamil dan sebagainya....
Bila Melayu ini bebas bergaul ada di antaranya minum arak... walaupun kita Melayu nih.... ( kat Malaysia nih sepengetahuan nya lahhhh Semua Melayu adalah Islam... ) Bila minum tak rasa salah atau tak rasa ralat.... mungkin sebab sudah terbiasa.... tapi kebanyakkan nya juga... minum sorok2.... maknanya masih ada rasa malu... atau hormat pada Melayu yang lain....
Ada juga Melayu yang berjudi.... tak cayeee.... p la kat kedai TOTO, 4D, Magnum dan seangkatan dengannya..... yaaaa saya tau nama kedai dan lokasi sbb member kat office nih ramai kaum Cina.... selalu gak terjebak, kene tunggu dlm kete sementara diorang p meramal nombor.... kadang2 siap mintak kita guessed nombor lagih..... funny ahhh diorang nih..... tetapi sebagai someone yang dah biasa bergaul dengan kaum kaum lain, kita just enjoy tengok diorang tapi tak perlu main sbb, Islam melarang atas sebab yang sangat kuat.... Ini adalah pegangan hidup.... Pada masa yang sama.... kita juga boleh lihat ramai gak yang berkopiah beratur kat counter 4D tuh.... bila part nih... sedih sikit... kok ya pun... buat2lah tanggalkan serban tuh....
poyo arrr diorang nihhhhh....
Rasuah......???? Ramai......... tapi katanya komisyen.... ada gak yang pernah offer.... tapi my answer will always bo NO... for me.... apalah ertinya duit jika hidup dalam keadaan rasa bersalah sepanjang hayat.... kan ke rugi cam tuhhh.... lagipuun I'd will alway say this to them " its okay, I'm paid for my job.... simpan lah untung U untuk company you..." kebanyakkan mereka ini aku black listkan dari senarai jemputan jika ada sebut harga diperlukan.... Adiossss bye byee
Bagaimana pula hubungan terlarangggg??? ada juga.... biasanya yang terlarang ni lahhhh yang dicari2.... berbagai alasan yang diberikan untuk menghalalkan perbuatan ini.... lantak korang lahhhhhh....... paling tak suka bila hubungan terlarang ini melibatkan mereka yang dah berumah tangga.... ( akai ada kaaaa????).....
Banyak jugalah yang mana Islam kata umatnya tak leh buat... dibuat juga..... pendapat saya... bukan mereka tak sayang agama... tapi kadar kefahaman tak berapa bagus.... some yang kuat agama tuh... bila nasihat.... sentiasa kata... " ohhhh itu tak lehhhhh.... ini pun tak leh..." bila tanya apa yang boleh, dia sendiri terkulat2 nak jawab.... for me orang ini ada Ilmu tapi sedikit menyempitkan pemikiran.... Pendekatan yang lebih positif akan memudahkan orang lain memahami bahawa Islam adalah sangat mudah and syumul..... ( wahhhhh tazkirah lah pulakkkkk)
Dipendekkan cerita..... bila dilarang... nak buat juga.... judi, zina, rasuah & todi tak jadi masalah.... tapi bila kita kata... makan babi tak?????, jawapan yang pasti adalah TAKKKKK, ORANG ISLAM MANA LEH MAKAN BABI, HARAMMMMM.... heee heee heee... tau gak haram yek..... ingatkan semua belasah.....
Pada pengamatan saya..... jika orang sebegini masih tahu haram makan babi... maka dalam dirinya masih ada rasa Islam.... kerana dia tahu ugama melarang orang Islam makan babi....
Kira2nya yang lain diorang boleh tolerate... tapi part babi pasti mendapat 100% setuju tak leh diterima....
Cubalah tanya kawan2 korang......
No comments:
Post a Comment