Saturday, June 13, 2009

Genting Dinner

Left another 5 weeks for me to pulun my tasks.

Urghhhh!!!! boleh terasa penat yang bakal datang itu.....
Time being the cust. lists dah dapat almost 90% so all the rooms dah boleh confirm by now.
Left only the job justification for me to get extra manpower.. Showed the list to my big boss... so far he is okay with the number....

Next week will be the time for me to start arranging for the lucky draw items... from comparing the prices from supplier up to selecting the items... then to ensure the goods reach us within the date or rather time given...

Then to arrange the lists accordingly... in which I need to make sure.. which items for the entrance draw and for the lucky draw... and which suppose to go to the stage and which suppose to be on the side of the stage... Ini adalah bab yang agak pening sikit... sbb... ada dua side... A & B...

By next week juga dah nak kene buat jemputan for VIP next to do the follow-up call .. then send the invitation card with table number... to those yang confirm nak datang.... wu hu! challenging sungguh kerja2 cam ni...

Next week juga ... floor plan for cust seating dah nak kene siap... so far dah dapat for that 200 table... now nak tentukan siapa duduk mana... part ni paling susah... sbb semorang berebut nak letak cust. diorang kat depan.... masa ni.... adalah masa paling kene sabar sekali.... hee hee hee

The rest 4 weeks... adalah masa untuk melayan aktiviti berubah... di sana.. sini....
Aktiviti ini sangat pasti... dan selalu berlaku... setiap satu benda nak diubahnyer.... tambah buang... tambah.. buang... 4 weeks terakhir adalah week untuk headache... jd selalunya masa ni dah kene standby ubat migrain...

Need to take care almost every single aspect... from the customers requirements... the event administrative programme, the briefing, the goods arrangement, the vips, the staff/manpower.. (makan, tempat tido, list kerja).... Arghhhh kerja ni memang syiok... tapi penat giler....

Wish me the best... Hope I could be able to coupe with my tasks just like before...

Hopefuly this event akan berjalan dengan smooth...

Project of the Month

Baru ajer nak buat project ngan kawan... p Konsert Siti Nurhaliza... this coming 27th... alih-alih terpaksa cancel sbb masalah ticket... Punyalah usaha my friend to got the ticket... very unfortunate for us for not being able to get any...

So project for this month terpaksa lah dibatalkan... Well the first time my friend suarakan cadangan ini... I was very excited.. when I asked my hubby for permision... he said Yes (yeahoo!!!!) and the kids...said the same thing to me... " mama pergilah dengan kawan2 mama... mama tak pernah pergi keluar dengan kawan2" wahh sporting sungguh anak2 gue ini....

Apakan daya kita hanya merancang Allah yang menentukan... project akhirnya terpaksa dibatalkan... Well tak dak rezeki nak merendek ngan kengkawan...

Anyhow... an invitation by my senior from SMPW thru FB, menggantikan semua perasaan terkilan itu... We the SMPW : senior and junior... are going to have a great gathering this coming August.... Wahhh!!!! best sungguh... lama tak jumpa kengkawan dedulu... mesti meriah...
From what year ... doesn't matter... so long as... semua bekas pelajar SMPW.

Can't wait to see all of them...

Tuesday, June 9, 2009

Lumut Perak

Amat sukar untuk merencanakan sebarang perjalanan sepanjang cuti sekolah tatkala kebizian melanda....

Akhirnya perjalanan/percutian dapat juga di rencanakan ... off we go to Lumut Perak, semua ini kerana ada majlis perkahwinan yang harus dihadiri di Pantai Remis on Sunday.

Lebih kurang jam 11.30 our perjalanan dimulakan dari rumah ke Lumut... melalui jalan-jalan kampung memang menyeronokkan. Merentasi pemandangan hijau kawasan sawah padi di kiri dan kanan jalan. Anak-anak begitu teruja dengan perjalanan ini.

We reached the hotel lebih kurang jam 3.30 petang, setelah puas mencari dan mengenalpasti jalan yang perlu di tuju. After check in, rest sat dan keluar semula selepas jam 6 petang... bersiar-siar di Lumut Waterfront yang terletak hanya beberapa meter dari kawasan penginapan kami. Lama rasanya tak melihat laut... saujana mata memandang... Ramai juga keluarga yang berkunjung di sana. Our family adalah mereka-mereka yang memeriahkan lagi suasana petang di sana.
my adorable kids : sempat berposing kat verandah hotel
me + syasya + sarah

me and my kids


Thought of having dinner kat KFC ajer... tapi bila memikirkan Lumut sangat mudah untuk mendapatkan Seafood, I suggested that KFC boleh di Shah Alam but here we should go for seafood... Memandangkan time dah maghrib... kitorang balik Hotel dulu... mandi & rest sat... Then keluar balik at 8.30pm. We tried to look for the best restaurant in town... Memandangkan Lumut is not our area... maka bila ternampak ada Restaurant macam best sikit, langsung kitorang park and enter the place.

This is where the disaster starts in Lumut.
Sampai Restaurant at 9pm, amik menu sendiri, nak tunggu amik order lagi beberapa minit...
dapat minuman jam 10pm... pastu air gula pulak tu... sbb malas nak bising... kitorang mintak a jar of plain water.. which takes about 5 minutes for them to deliver. At about 10.30 I saw the meal (I supposed ours, by looking at the dishes) , but very unfortunate , sbb itu meal belongs to other people... who came later than us... was very annoyed at that time... langsung I told the kids to walk off the Restaurant. My hubby paid for the drinks RM10. Sian anak2 dah lapar sangat.... so those yang p lumut never ever enter RESTAURANT BAKAU D'MUARA (CAWANGAN LUMUT). nasib baik tak bawa camera... kalau tidak... tentu dah masuk my blog gambar itu...

Akhirnya patah balik semula ke KFC, Syasya dah mengantuk. so we decided to have our late dinner kat bilik hotel ajer.... after beli the Chicken... balik hotel and terus makan... sian anak2 terlalu lapar... (ini semua gue punya pasal... sibuk nak cari seafood konon...ish.. ish...ish...)

Anyway by 12mid I dah knocked out... anak2 mungkin lewat dari itu.... sbb layan tv. Bila sedar... anak2 dah berborak sesama sendiri.... (tak tido aper budak2 ni) rupanya dah 5am... awal sungguh anak2 bangun...mungkin teruja untuk mandi di kolam renang.... but first we have to get our breakfast at 7.30am. After solat subuh... I borak2 ngan anak2, plan programme seterusnya... my hubby masih tido... penat agaknyer memandu dari Shah Alam ke Lumut.

By 7.15am we have already dalam lift, nak p tuju for breakfast. About half hour juga lah kat sana... Then turun p pantai.... main air laut... best dan nyaman sungguh suasana itu...
I told my hubby that I would get the kids towels and camera, and the kids may proceed to the pool. Masuk jer dalam air... my kids dah huru hara.... my hubby temankan... (ramai benar public takkan myself nak masuk pulak... hee hee hee) Tengok anak2 dah lama tak main air ni memang seronok... masing2 nak tunjukkan kemahiran masing2. Terjerit2 panggil " mama tengok ni" Best tengok anak2 gembira macam tu.....

After 12... kitorang dah bertolak ke Pantai Remis... 1.30pm terus ke Taiping.. dari rumah pengantin... Since my hubby tak jumpa jalan keluar... (pusing2 kat Taiping ) I took over the stering... Let this lady driver... bring us home... hee hee heee

6 hrs driving memang memenatkan... sakit pinggang... sbb jammed... patutnya ( berdasarkan pengalaman) tak lah selama tu... sbb dulu masa I drove dari Penang ke Shah Alam pun amik masa 3jam setengah... inikan pula Taiping.... leteh sungguh.

Sampai rumah... mandi... makan sikit... and tido... Monday nak keje...

Friday, June 5, 2009

NENEK (2)

Bila baca posts sendiri tentang nenek... semakin sayang dan rindu pada nenek.

Acara yang paling best buat ngan nenek ialah tengok wrestling... nenek pun cam wrestling sama... tapi aku inilah yang jadi mangsanya.... event ini berlaku setiap malam rabu...

Other than wrestling ialah makan kuih kat pondok depan rumah nenek... itu aktiviti petang, I myself memang tak keluar berjalan. Keluar hanya jika pergi kerja atau cari buku kat jalan TAR. lain-lain hal lepak rumah and borak2 ngan nenek and makcik2 and sepupu yang masih kecil2.

Pernah juga beberapa kali p Mc D kat Bangsar dengan Nenek dan Moktat (makcik) masa tu Mc D tu bukak sampai jam 2 pagi. Biasanya diorang akan tunggu me to settle my homework dulu baru p jalan and supper (lah kot) kat sana....

Masa kecik dulu... umur dalam 9-12 tahun bila bulan puasa nenek selalu panggil minta temankan pergi surau. Actually my house is very near to the surau... whilst my grandma's jauh sikit... from my house to hers kene jalan turun bukit... maknanya kene pimpin nenek naik bukit untuk ke surau, then pimpin semula balik rumah bila dah habis solat terawih. Hari -hari without fail...

When I was in form 3, I lepak rumah nenek.. dapat bilik bujang... sbb my auntie pindah duduk ngan kawan dia sbb nak dekat dengan tempat kerja. Bosan juga tido sensorang... so selalunya tido ngan nenek kat ruang tamu depan bilik... nenek tido atas tilam ... tapi bila pagi... gue ini yang ada atas tilam... nenek kat lantai.... Teruk sungguh gue ini kan??? hee hee hee Sorry ya nenek...

Nenek tak pernah marah, walaupun sekali to me... orang2 lain selalu le..... tp kalau kat belakang tak tau la.... hee hee hee.

Aktiviti mencabut uban nenek ni sampai form six (pekerjaan paling lama sy bertahan) pernah satu ketika nenek suruh tarik rambut... sbb nak buang angin... so spt biasa... amik rambut sikit2 pastu tarik sampai bunyi... bila orang lain buat... nenek tak puas hati... nak gue ini juga... baru best ... nenek katalaaa.... sebenarnya I rasa... sebab pekerja ini telah lama berkhidmat maka pekerja ini tahu... keperluan majikannya....hee hee hee . Bila rambut tu ditarik tercabut semua... bila nenek tanya " nape tu Ein" slow ajer suara nenek (sbb tgh tido) I then said "tak der aper nek" tapi itu rambut sudah gue sorok... then I pandang moktat... pastu kitorang gelak-gelak.... bila nenek tau sempoi jer dia kata " len kali tarik la elok2... hah sambung balik"

nenek... nenek.... tak serik langsung... botak kang baru tau...

NENEK

Agak lapang hari ini... so banyak entry boleh dibuat.

NENEK... wanita yang paling best dalam hidup ini.

From young, belum sekolah lagi, I really love to be with nenek, she loves cooking... she thought me how to cook.. tak kiralah kuih muih melayu ker.... masak rendang ker... and apa apa jer lah.... Tapi belajar masak dengan nenek macam nak belajar Kung Fu.... nak buat currypuff ? hah.... nenek suruh kupas ubi keledek dulu... berbakul-bakul naik penat tangan ni... siap hitam2 kuku dibuatnya... adalah makan tahun baru nenek ajar buat kulitnya.... siap petua lagi... masa tu akal ini kurang faham... merungut jugak la kat nenek masa tu... nenek jawab "buat satu-satu dulu".

Nenek memang berniaga kuih muih dan makanan kat kedainya di Pudu Raya... no kedai C19. Jadi hari2 kerja2 membuat kuih kat rumah nenek akan berlaku tanpa henti... paling tak best ialah part kemas... tapi disebabkan latihan macam latihan Kung Fu. maka terpaksalah juga berkemas....

Bila masa lapang... seperti biasa... nenek akan panggil " Einnnnnnnnnnnn, marila kejap" kawasan kat rumah kitorang tu kawasan bukit... so bila nenek panggil kene jerit... dengar je suara nenek... I would sure run to her house... dah tau apa projek nenek.... MASAK ? oh no.... no... nenek suruh cari uban... 1 uban.... 10sen.... memandangkan uban nenek agak banyak dan x habis2.... dan tengkuk ni pun dah sakit... I would cabut bila nenek dah tertidur... tapi sometimes terkantoi... baru nak bangun jer... nenek kata... "sebelah lagi.... tak baik buat kerja separuh jalan" hemmmmm kene duduk balik.... kadang2 cakap gak ngan nenek " penat la nek" then nenek kata " sikit jer lagi" Adusss nenek... nenek..... DAPAT UPAH TAK? mestilah dapat.... tapi 20sen jer ahhh... tapi masa tu 20sen memang banyak... dapat beli KUM KUM...

Sampai besar , I memang suka lepak rumah nenek... bila nenek menjahit I would duduk sebelah dia... then tolong masukkan benang ker... atau betulkan skoci mesin jahit Singer nenek....

Nenek ada buat kedai kat dapur belakang... masa ni nenek dah tak buat kuih lagi... sebab orang lain dah tolong take over the kedai, anak angkat nenek sendiri ... nenek cuma amik duit sewa ajer... My duty pagi2 ialah kemas kedai nenek... and timbang tepung and gula and beras sekilo atau setengah kilo.... at the same time... nenek bagi port kat area situ for me to start my own business... jual buah... modal nenek bagi... barang nenek sediakan... tinggal rajin kita ajer nak buat atau tidak and jaga untung rugi.... Biasanya setiap kali habis jual... I would tell nenek berapa untung... bila nak pulangkan modal nenek., nenek akan kata... untung simpan ... modal tu roll untuk esok... jadi modal awal bagi kat nenek untuk nenek belikan lagi buah for tomorrow... cam tu lah hari2 kat rumah nenek....

Untung my biz and biz nenek tidak dicampur, tapi bila p sekolah nenek suruh amik sendiri duit dalam laci menjahit nenek, jujur sendirilah nak amik berapa... tapi if perlu banyak I will tell nenek... berapa I took. Nenek okay jer... and senyum.

Masa kerja lower six dulu... bila bulan puasa.. nenek akan tunggu hingga saya pulang. Nenek akan berdiri di tepi tingkap panjang menghadap ke jalan naik kerumahnya. Bila masuk jer rumah, nenek akan tanya... "nak makan sahur dulu? nenek dah simpankan lauk" masa tu rasa macam sayu juga.. sayangnyer nenek kat aku ni... Lepas sahur awal ngan nenek... baru tido. macam tu lah hari2 sepanjang bulan puasa.. Sebab tu sekarang ni... bila bulan puasa ingat kat nenek... and dah beberapa kali bulan puasa , nenek akan duduk with me.... sehingga raya. Bila raya baru nenek p rumah anak dia.

Sayang pada nenek terasa di seluruh genap tubuh ini. Wajah nenek sangat redup dan rajin tersenyum, sentiasa mengajar saya supaya bersabar, jaga mulut, jangan irihati kat orang lain, and one thing for sure... amalan nenek baca yasin setiap malam Jumaat tak pernah dilupakan sehingga saat ini.

SAYANG GILER AH KAT NENEK.

Cerita nenek akan disambung lagi... kerana hidup bertemankan nenek memang best.

Apa ada pada June

June adalah bulan yang penuh dengan keraian...

Bermula dengan My Ann... pada 1st then my youngest bro Adi, punya b'day this coming 7th the next day will be my elder bro Berd, on 8th last but not least my one and only sis on 18th.

Bulan June juga sangat pack.... sementelahan bukan ini adalah bulan closing yearly budget... which means... banyak report nak kene submit.

Bulan June juga bulan pertengahan tahun, dengan kata lain first half of the year dah nak habis.... second half of the year is coming.

Setakat June ini... jika dikenang2kan kembali... apa yang kita dah isikan. Pilihan untuk dikenang adalah dalam tangan kita.... positif atau negatif.... As for me... saya dah jumpa apa yang saya cari selama ini, saya telah temui jawapannya... dan saya sangat bahagia dengan jawapan yang saya temui itu. Sungguh.

Selepas June ini my elder son akan ada peperiksaan percubaan UPSR ( baru UPSR mamanya ini dah kalut giler... hee hee hee) . Tapi I just leave it to him to decide what he wants... and how far he can go... adalah bergantung kepada keupayaan dia buat masa ini. Azim ada life sendiri... sepertimana saya tidak suka orang menentukan hidup saya masa dulu... I will let Azim decide his.... and I will always be there to support him and guide his path... Same goes to my other kids... tiada bezanya... But must make sure the eldest kene betul dulu..

June bulan cuti sekolah.... bulan orang kenduri kawin... sebab tu June ramai orang sambut Ann. and tomorrow, saya dan family akan ke Lumut, Perak. Best dah lama tak bawak anak2 jalan jauh.... Sunday ada wedding nak attend.... as for saturday... kitorang boleh jalan2 kat area lumut.
Will be back on Sunday itself .... and work the next day.... wu hu!

Bila June tiba... sebenarnya jantung ni dah berdegup kencang.... manakan tidak GENTING DINNER is coming.... again....... and its very near.... June ini semua kerja2 untuk Genting Dinner harus disapkan so that any ammendments atau changes... masih ada masa untuk diperbaiki.... Bulan ini akan penuh dengan meeting and dicussion.... OT and OT and OT.... pas tu lunyai ... hee hee hee hee

June pasti akan datang lagi.... tapi kita sendiri entahkan boleh jumpa June ni lagi atau tidak.

Wednesday, June 3, 2009

aku dan kenangan (form 6 - my study)

Belajar masa form 6 memang paling best... sementelahan kita adalah senior kat sekolah...
My lower 6 sangat penuh masanya... dari kerja hingga belajar....

Cikgu form 6, paling sporting... full of discussion... ini adalah pertama kali I duduk kat row ketiga dari depan.. dalam kelas... Selalu jugak laa ponteng kelas... seminggu adala sekali.... penat sebenarnya... tido pun 3-4 jam jer sehari...

Pernah cikgu panggil dan tanya " Daing , kalau asyik tak datang kelas... macam mana nak belajar?" answer saya pada cikgu... " tahun ni jer cikgu... sy ada hal sikit... next year saya okay... and saya akan dapat 5P... cikgu jangan risau" Don't dare to tell the teacher that I have to work to ensure I could continue my study... silap2 haribulan... masuk asrama balik.... tak mau gue...

Since dah janji ngan cikgu cam tu (sebenarnya... jawapan nak selamatkan diri)... maka I have to keep some money every month like RM300 for my upper six... sbb masa tu x leh kerja... dah nak amik STPM.

Masa lower six, apa saja buku kene beli... I just grab it... sementara ada duit...

When I was in Upper six... I settled my own barang sekolah... and really looking foward for my STPM, Payah jugak la... masa ni... kene jimat lagi... banyak magazine nak beli lagi... nak buat paper lagi... so untuk pastikan sentiasa ada income... I would tolong my auntie jaga anak2 diorang masa cuti sekolah...

There was one day, I jaga my sepupu kat Gombak.. first time gi sekolah dari gombak... naik bas no 41, 6am dah tunggu bas... nasib memang tak baik laa masa tu.... sampai sekolah at 8am.... pas tu jumpa lak ngan HEM baru... hah langsung kene tahan... DETENTION CLASS... adusss.... x leh masuk class... kene duduk kat open hall....

Kes ini berlaku masa dah nak dekat STPM... I was quite keras hati masa tu... the next day terus tak p sekolah, dalam hati " so what, I biaya diri sendiri untuk belajar, I had to sacrifice my time to work and to earn... I can amik periksa kat swasta..." that was my thinking...

agak2, 2 minggu lah tak p sekolah... untill my teacher Pn Nor Adib, called pujuk balik sekolah... and my friend Vimalla... juga pujuk I... cair gak arr masa tu... sbb cikgu and my friend yg duduk kat sebelah took the initiative to get my number... ( I lepak umah mak kat Shah Alam masa tu) , akhirnya I p sekolah... tapi syarat HEM untuk terima semula ialah I have to get my guardian to be at the school the same day I jumpa HEM untuk minta maaf, siap suruh bawak surat lagik...

Fikirkan balik, okay lah.... STPM is just around the corner... minta maaf bukan perkara susah... nasib baik I've got my auntie tolong... pakat ngan dia apa nak jawab ngan cikgu... tapi gue ini kene sembur ngan dia dulu larrr... hee hee hee

Lepas settle kat pejabat HEM... I ran to my class... rindu sebenarnya.. nak ada balik dlm class.... Still remember.. my friend bersorak bila nampak I datang balik... cik Nor Adib peluk I, dia bilang... jangan buat lagi... masa tu... rasanya... hidup kembali bermakna... kerana I knew they love me.... THANKS CIKGU AND FRIENDS

Masa form 6, memang banyak aktiviti luar darjah... antaranya kene p court... so kitorang pun pegi arr court dari mahkamah sesyen sampailah mahkamah Agong... semua session kitorang p....
Ada satu kes di mahkamah Agong... masa tu... hakim nak jatuhkan hukuman... both tertuduh adalah suami isteri berbangsa cina, dituduh menyimpan dadah... ... bila hukuman dijatuhkan the wife nangis and pengsan... anak2 diorang meluru p kat kandang tertuduh....

Kitorang? blur sat... sbb itu adalah kes sebenar... then terdengar suara polis cakap cam ni " sesiapa yang tak berkenaan dengan keluarga tertuduh, diminta keluar dari bilik mahkamah" bila kitorang pusing belakang... rupanya kitorang ajer yang bukan keluarga tertuduh..... (lawak gak arr masa tu....sbb mcm tak tau plak mmg kitorang bukan keluarga tertuduh)

Ada lagi kes kat mahkamah sesyen kat jalan duta... hampir sekelas kitorang p sana... masa duduk kat dalam tu... the magistrate tu quite cute gak arr... disebabkan kitorang ni semua perempuan yang masuk... maka... konsentrasi Tuan Magistrate itu agak terganggu gak arr... sementelahan kitorang pandang dia ajer.... kan nak belajar (hee hee hee) subjek paling lawak masa lawyer bercakap ialah tentang cincin belah rotan.... " apa? itu cincin boleh belah rotan?" itulah reaksi lawyer bengali tu masa tu.... kitorang gelak2 tapi hakim sudah " order.. order"
best betul masa tu....

After attending the court case, kitorang kene lakonkan dan buat persediaan untuk persembahan... after perancangan yang rapi dan skrip yang di taip hingga ke subuh hari... maka persembahan court kitorang mendapat ucapan syabas dari Pn Hasnah Hamid, cikgu PA kitorang.... sbb dia ingat buat dlm kelas jer... tp kitorang buat kat dewan... jemput cikgu2 jadi juri... and case kitorang juri pun tak leh selesaikan.... best sungguh masa tu....

Bila STPM menjelang, masing2 dah buat hal sendiri... I studied consistently... dinding kat dlm bilik kat rumah nenek penuh dengan notes, 1 dinding 1 hari.

Lepas periksa semua buat urusan masing2, but kitorang sempat p Pulau Batik utk rest bersama2.

Masa amik result STPM, I dah tak berapa kisah berapa keputusan yang dapat....
Bila pergi jumpa Pn Nor Adib nak amik result cikgu tu tak mau bagi.... dia kata dia kecewa dengan keputusan saya.... "alamak" ... risau gak arr masa tu ... disbbkan cikgu tak mau bagi... tak per lahh... I just greet other friends yang dah 4 bulan tak jumpa dan cikgu2 lain juga....
from cikgu2 lain I knew... sebahagian result....

Pn Noriyati (Sastera) congrats me for getting P for her paper, I was one of the four yang lulus paper dia.... hee hee dah lepas satu paper.... (sastera ni tak pernah amik... STP baru amik)

Then went to other cikgu... dah ada 2 extra P, maknanya dah ada 3 P.... Oklah I thought... 3P 2R pun dah kira bagus....

I Then went back to Pn Noradib... This was what I told her " cikgu, sy dah tau keputusan saya... skng sy dah ada 3 P, cikgu tak perlu kecewa lagi...." cikgu then pusing dan Peluk saya.... sangat kuat.... " Daing.... tahniah... awak dapat 5P, awak buat seperti yang awak janjikan pada saya, saya sangat bangga dengan awak" mendengar itu... I myself mmg quite surprise... my other friends dah bersorak.... (they knew the things I went thru to be in that shoe) .... nangis gak arr masa tu.... 5P lulus semua subjek and hanya 4 orang sahaja termasuk me....

Alhamdulillah... The first person I called of course my beloved GRANDMA, dia juga berkorban untuk kejayaan ini.... SAYANG NENEK SANGAT.... AND NENEK YOU ARE THE BEST...

Tuesday, June 2, 2009

aku dan kenangan (form 6)

Lepas periksa SPM... saya kerja di Komtel Paging Service kat Brickfields KL... untuk saya yang single mingle and duduk lak ngan nenek... gaji yang dapat adalah lebih dari cukup...

Masa result SPM kuar ... I took leave... p amik result... yesss dapat pangkat 1, berbaloi duduk asrama.... dengan result yang boleh dikatakan agak baik masa tu... I applied for U, RESULT...? x diterima masuk... yang dapat ialah sambung form 6.

Well since I love studying... I terus terima form 6... why not... I told myself ... I must complete my journey... lets see how far can I go..

Masa lower 6, I mohon dari my office to allow me to work for the second shift.. that is from 4pm -12mid... My reason, I need money for my study... Alhamdulillah they allow me... but I need to work for morning shift on Saturday and Sunday whilst Friday will be my off day... I'm okay with that condition...

My day starts as early as 5.30am... bangun, mandi, solat, makan ngan nenek atau kalau tak sempat... nenek bekalkan nasi lemak atau roti canai yang nenek buat sendiri every morning. I still remember... I was the only malay girl yang bawak bekas air sebesar alam... (I love plain water)

Class ends only at 1.30pm... masa ni terpaksa rush balik rumah nenek... kalau naik bas 1 1/2 hour lagi baru sampai rumah itu maknanya dah jam 3... sedangkan waktu tu... I dah kene gerak p tempat kerja... masuk kul 4... kene swipe attendance card b4 3.45pm... Maka balik rumah adalah lebih baik dengan teksi ajer...
(well masa tu kan kaya lagi... hee hee hee... duit sendiri...). Bila balik ngan taxi, I would reach home paling lewat at 2.30pm... ada half an hour for my Zuhur, mandi and makan... biasanya x sempat makan... sbb nak kemas beg sekolah untuk the next day and cuci baju sekolah + sidai terus. Yang paling penting kerja sekolah harus pack masuk beg... nanti waktu makan malam boleh siapkan kat office...

By 3... I left for Komtel, naik taxi juga... (masa tu taxi murah tak sampai RM5) by 3.45 should be able to reach there... At 4, semua yang second shift dah ada kat terminal... at this hour line mmg agak busy... but by 8pm line dah sedikit clear... masa ni baru boleh p makan... 45min ikut giliran... I would normally p makan kat building YMCA ada gerai kat situ... habis makan terus balik office... ada gak ketikanya... mereka2 yang tak dikenali belanja... segan + takut gak arr masa tu... jadi I sentiasa minta tolong ngan abang2 yang keje kat tempat yang sama tolong secure me....

By 10mlm, line betul2 clear.. ... at this hour.. the supervisor allow me to do my homework, YES masa yang ditunggu2, must siap kerja sebelum jam 12... masa tu pulun balun arr kerja sekolah...
bila dah siap pack balik masuk bag...

Bila sampai rumah dah agak dalam pukul 1 - 1.30pagi... jalan nak naik ke rumah nenek agak jauh juga dari tempat van syarikat berhenti... I consider myself sebagai orang yang berani tapi pemalu... hee hee hee... BERANI... amik risiko kerja sampai malam untuk sambung belajar... and PEMALU... sbb tak suka nak jumpa hantu... or benda yang pelik2 mlm2 cam tu...

Sampai rumah... cuci kaki... time ni tak yah mandi... nenek ku bilang don't ever mandi malam... nanti sakit dada... pesan nenek ku akur jua.... Letak barang and kemas buku untuk sekolah the next day... baju sekolah pun terus gosok... nanti esok tak kalut....

By 2. - 2.30am... kalu keje sekolah siap tido... kalu tidak... siap bagi habis...
next day nak bangun awal untuk another... exciting day....




Monday, June 1, 2009

me and my cake and my weekend

Jumaat lepas... I was on leave... bake and prepare 2 wedding cakes and cuppies for b'day..

Kerja2 bermula seawal jam 3.30pagi....

Aktiviti pertama yang dilakukan ialah... bake the cake... since my customers tak kisah type of cake... so I just go for the same type of cake for all three orders. First cake masuk.... after 1 hr siap.... when I tested the doness ada sikit melekat kat besi tuh... tah mcm maner laaa I boleh bawak keluar cake tu... and masukkan the second one.... after a while I noticed... the first cake sudah ada tenggelam kat tengah.... aduhhhhh frust giler.... then terpaksa lahhhhh do another mix.... again. in which I have to measure the whole ingrediens again.....and layer the tin again.... kek yang tenggelam tu??? hee hee potong dan makan laa...

by 6.30am I dah start layan fondant deco untuk first cake.... since the cone susah nak buat (sbb x pernah buat) so I decided untuk settle dulu yang tu.... at least cone tu boleh kering cepat....
Since tak pernah buat... maka cone itu... telah melalui proses yang sukar dimengertikan... buat... x jadi... buat lagi...x jadi... pastu buat lagi.... x jadi... ngapa ekkk??? bila jam dah menjelang 7.30am ... I decided to put them aside... kene settle kan cake yang nak di pick up at 3.pm...

8.am... I dah mula buat flower untuk the blue theme cake.... customer mintak letak purple orchid.... so I terus buat 5 orchids.... kene standby extra... sbb bila buat nanti kalau masa tengah letak terpatah ker... at least adalahhhh orchid dah ready untuk cover.... bila letak the purple orchid.... color x leh ngam..... cam ner nih.... at last .... I put another color... yellow.... to match the blue...

10.30am... baru boleh cover cake dengan fondant.... sbb the cake dah completely sejuk....
half an hour jugak laaaa... nak adjust the size yang boleh cover the cake.... (aritu p kedai jual barang wilton... tengok the special mat for fondant .... urggghhhhh mahal giler.... dekat RM200... itu baru nmat jer tuuu ..... ) alhamdulillah akhirnya by 11.00am kek dah boleh cover....

11.00 am... I tanya anak2 dah pukul berapa.... bila tau dah jam 11am I was a bit gubra... hee hee belum buat decoration langsung.... I tarik nafas dalam2 pastu tenangkan fikiran sat.... I know can I make it before 3pm...

11.30am, I attached the first flower.... the turntable is very help full.... by 12.30 first layer flower dah siap... alhamdulillah.... I bangun sat..... stretch badan skit.... arghhhh penat pinggang dan tengkuk.... at tweleve... cikgu syasya datang jemput syasya and sarah.... (whynot auntie bus??) sebab syasya ada rehearsal untuk persembahan hari guru.... teman syasya & sarah sat kat luar... jumpa cikgu dulu... borak sikit .... pas diorang bergerak... I masuk sambung kerja....

12.40noon.... I kemas rumah... clearkan area nak buat keje.... the area must be clean.... kek I transfer ke ruang tamu dulu.... kemas dapur sat.... lap meja kerja tadi... susun semua barang.... sapu lantai.... dan duduk kejap.... nak rehat otak kejap.... and mandi.... fresh sikit...

1.15pm .... letak balik first layer cake dan sambung the second layer.... sebenarnya bila first layer dah siap... second layer boleh buat laju sikit.... sbb idea dah banyak....

3.00pm 1st cake dah siap....

hasilnya......

Ingat nak rehat sat.... penat giler ahhh..... tapi fikirkan balik.... ohhhh tidak boleh.... the second pick up will be after 7.30pm...

4.00pm... I started to cover the second cake with fondant.... and cover the board with fondant too.... dah siap letak tepi... biar kering dulu... then layan flower for the second cake.... since the customer requested all white.... jadi kerja senang sikit.... (sikit ajer ok...).. by this hour.... first cust. dah datang nak pick up..... after borak a while.... cust balik and I terus sambung kerja semula.... kali ni... otak benar2 penat.... pinggang apa lagi....

5.00pm.... terlalu letih dan penat .... then lepak kat sofa depan .. Azim and Ammar dah p ngaji... so I left alone ... rehatkan diri... pas tu borak ngan kawan thru phone.... sungguh mendamaikan.... perasaan dan pemikiran.... lari sekejap dari memikirkan ttg my cake... need to stimulate my brain....

5.45pm.... sambung kerja untuk second cake.... sudut cake harus dibaiki.... emmm nak buat aper ye.... oh ok... ada idea.... buat pearl.... susun keliling.....

6.00pm .... masa untuk buat cone yang pagi tadi tak jadi tu..... ( hah tinggal 1jam setengah jer lagi.... aduzzzzz).... buat cone... 10 jadi 1.... buat lagi.... adalah nak dekat 50 kali.... baru lahh dapat 12 yang diperlukan.... akhirnya by 7.30 cake ku sudah siap....

hasilnya.....
8.00pm... my hubby hantar the girls p ngaji and Abg Azim to kelas tambahan.,... Ammar kat rumah.... I took this moment untuk betul... kemaskan rumah... clean up my utensils... susun balik barang... lap meja.... dan betul2 kemas semua....

11.30pm my friend datang pick up...

pas tu titun.... penat arr....
titun ..... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Sabtu
Bangun 5.30am.... settlekan diri dulu.... baru p dapur.... alamak.... castor sugar sudah habis laaaa.... fikirkan balik.... tak per arrr... it is just cup cakes.... sonang yo....( wahhh eksyen sungguh)

I told my hubby I need to go to kedai for a while to get the castor sugar... Hubby I pesan p beli nasi lemak.... sampai kedai.... instead of beli nasi lemak.... I bought barang nak buat nasi lemak... and of course my castor sugar....

sampai jer rumah... terus siapkan my cup cakes... tadi pagi dah measure barang2 lain.... so now nak masukkan sugar ajer.... siap ajer masukkan 24 cuppies dlm oven... I terus siapkan nasi lemak untuk b'fast anak2...

Sarah datang tolong kupaskan the eggs adn siapkan meja.... My sambal ... is very easy.... I ni sebenarnya tak lah berapa rajin sangat.... so sebelum ni I dah awal2 masak cili.... yang dah dicampur dengan bawang2 and beberapa ingrediens lain.... so bila nak masak sambal just amik sikit and.... masak... and tambahkan apa yang nak ditambah.... sonang yo......

B'fast siap.... kek pun siap....

10.00 the cuppies dah sejuk.... baru boleh buat deco.... cust req. for colorful.... but dengan beraninya aku ini telah mengubah warna....( ishhh teruk betul...) sebenarnya... customer ni selalu order.... datang pick up kat rumah.... dan selalunya very colorful.... this time.... I go for black and white....

so this is the look.....
11.30 cust datang pick up.... yea... yeaa.... siap sudah urusan biz gue ini.... nak rest sat..... time ni baru boleh masuk nasi lemak .... tp sbb penat dari semalam x habis lagi... makan sikit pas tu ....
resssssssssssssssssssssssttttttttttttttttttttt............. wu hu...

June the 1st

Its my 13th Anniversary !!!