Hari ini tak banyak keje sangat... sbb CNY dinner dah nak abis... smlm kat Kuantan... next/the last one will be on 15/3 in KL.... so agak kelapangan sedikit... sebelum mula menyibukkan diri untuk function di Genting juga pada July ini....
Masa terisi dengan bacaan2 dari blog2 yg ada link di Malaysia Kini....
Saya sangat meminati sejarah.... sejarah Perak adalah salah satu sejarah yang menjadi kesukaan saya semasa menjawab soalan SPM masa sekolah dulu.... sementelahan pula cikgu yang mengajar (Pn Latifah) juga adalah anak Perak.... jadi informasi tentang Perak agak meluas juga....
Selangor juga ada kaitannya dengan Perak.... seingat saya, semasa pertabalan Sultan Selangor yang pertama, pada masa dahulu, telah mendapat perkenan dari Sultan Perak.... Dua keluarga Di Raja ini amat rapat... tambahan pula mereka adalah dari keturunan Bugis.... nak tau cerita lanjut sila cari buku UPU DAENG MENAMBUN.... atau p visit Bukit Melawati.... atau Museum Negeri... kat situ semuanya ader....
Arwah datuk saya DAING OTHMAN juga berasal dari Perak.... mungkin telah berkahwin di sana, dan mempunyai 5 orang anak... tah mcm mana berkenalan ngan arwah nenek saya DAING LOK DAING MATARAM dari terengganu, kedua2nya dari keturunan BUGIS, dengan arwah nenek mereka dikurniakan 5 orang cahayamata 4Lelaki & 1 Perempuan.... Arwah nenek memang 'sahih' datang dari Sulawesi.... ikut kata bapa saya, DAING MATARAM lari dari Sulawesi dengan membawa sepasang anaknya ( nenek saya & adiknya: DAING CHIK).... ke Terengganu... & settle down kat sana... Pas tuh arwah atuk saya berkahwin lagi satu, bersama nenek muda ini juga mereka dikurniakan 5 orang anak... ( kalu campur semua dah 15)
Ingat tak masa Bugis nih datang ke Tanah Melayu masa dulu..... juga 5 beradik..... Kitorang adik-beradik pun 5 orang gak... tapi yang no 2, dah meninggal selepas seminggu dilahirkan.... samada suratan atau kebetulan Bugis nih ada lima orang anak jek maksimum..... ( sepengetahuan saya lahhhh)
Cerita selanjutnya ada pada pakcik saya DAING MUDA, di terengganu... sbb dia rajin p dig info tentang keluarga..... kalu ada masa cantik.... saya cite kat sini.... saya nak sambung cerita PERAK dulu......,
Keadaan di Perak masih tak selesai..... walaupun Tuanku Sultan telah melantik MB baru... tapi mengikut undang2 tubuh negeri.... MB lama masih lagi MB yang sah... semasa membaca.... saya terpesona ngan kenyataan dari blog PEMUDA BERSIH, saya cilok sebahagian info dari sana and paste kat blog saya untuk kita bersama2 menilai perihal politik Malaysia....
Quote
"Namun sejarah tidak dapat ditutupi. Cebisan sejarah lama juga boleh dijadikan panduan dan relevan kerana ia telah berlaku di Perak. Pada 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa Mohd Tajol Rosli telah menderhaka pada Sultan Idris Shah yang tidak berkenan dengan perlantikan Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua.
Ghazali enggan melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan kemurkaan Sultan Idris Shah. Tiada apa dapat dilakukan .
Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”
Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB. Untuk beberapa ketika Sultan Idris tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang sebagai menzahirkan kemurkaan baginda sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar.
Ghazali meletakan jawatan menjadi MB Perak hanya setelah dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu (Tun) Hussein Onn pada 1977"
End Quote
emmmmm what say you??????
Lain2 info p cari kat Pemuda Bersih yaaaa....
No comments:
Post a Comment