Sedih... terkejut.... perasaan bercampur baur....
MOHD SADIKIN MOHD YUSOFF, telah pulang ke rahmahtullah pada hari Isnin 9 February 2009 bersamaan 13 Safar 1430H.
Sebelum memulakan bicara marilah sedekahkan Alfatihah untuk Allahyarham.
_____
Saya mula mengenali Allahyarham pada tahun 1994 semasa Pre Dip di Lendu, Melaka... sekelas dalam DMC B... kemudian sama-sama memilih bidang PR sebagai subjek Major, sehingga grad, tahun 1997.....
Sepanjang mengenali..., Allahyarham.... sangat jovier.... tak kering gusi.... ada sahaja celotehnya yang menghiburkan. Berbadan gempal.... rambut kerinting... dan sedikit rendah dari saya. Kami sentiasa berjalan bersama2 rakan2 yang lain, bila habis kuliah..... berjalan turun tangga menerusi Engine School.... dari menara UITM.... kadang2 tercungap2 kami bila naik tangga beramai2 ke Foyer menara..... lebih tercungap2 bila terpaksa mendaki lagi ke level 13.... bila lift buat ragam..... teringat bila terpaksa berhenti berehat seketika di level 6, kerana kepenatan.... Semua itu masih segar dalam ingatan....
Mohd Sadikin yang lebih mudah kami sebut Dikin during UITM years.... sering satu group dengan I, Lin, Akhbar, Usop (Sophea), Rosnu.... Menjadi pengerusi semasa Enterprenues paper .... perbincangan sentiasa dipenuhi dengan lawak2 Dikin....
Dikin, sebelum pergi dijemput Illahi.... bekerja di KFC Holdings sebagai Penolong Pengurus di Corporat Communication.... dialah tempat kami tuju jika perlukan voucher2 KFC untuk tujuan projek A&P kami di pejabat masing2.
Khabarnya arwah sangat keletihan setelah pulang dari urusan di Johor.... sementelahan pula arwah deman tak kebah2 sebelum dari cuti tahun baru cina.... walaupun diminta doctor untuk berehat di hospital.... arwah menolak.... itulah yang I dengar dari pakciknya yang turut berada di Bilik Mayat di PPUM semalam.... mungkin tanggungjawab yang menuntut arwah untuk tidak berehat walaupun seketika....
Sempat arwah membawa ibunya dari Perak... berjalan2 di Kuala Lumpur semasa cuti panjang baru2 ini... tujuannya... membeli kain pelikat buat tetamu yang akan hadir semasa majlis Tahlil arwah bapanya dalam bulan Mei ini....
Arwah pergi berseorangan tanpa teman disisi.... itulah sifatnya.... sentiasa membahagiakan orang lain.... sukar mengingati saat2 arwah menyusahkan orang lain..... Iyalah bila saja nampak arwah... kawan2 pasti terjerit2 sambil melompat2.... kehadirannya cukup membahagiakan....
Pemergian arwah hanya disedari rakan serumah tatkala memanggil beliau yang disangkakan tidur pada jam 11 malam Isnin lalu.... tiada sakit berat.... hanya demam yang berlarutan....
Sebahagian rakan yang tau lebih awal... menemani arwah di bilik mayat bersama2 dengan kaum keluarga yang lain.... rakan2 silih berganti menunggu di sana...beberapa rakan menunggu hingga jam 3pagi... I sendiri hanya sampai jam 10pagi walaupun bertolak dari Shah Alam seawal 8.30pagi... menjelang 12 tengahari... rakan2 masscomm batch helmetz mula memenuhi ruang menunggu.... Jenazah telah selesai di post moterm... sudah selesai jua dimandikan.... kami ingin menatap wajah arwah kali terakhir.... selepas itu arwah akan dibawa ke kampungnya di Batu Gajah Perak untuk dikebumikan....
To my surprise... rakan2 sebilik arwah semasa di Lendu Melaka (1994) juga berada disana..... sungguh arwah sangat pandai menjaga kawan.....
Menjelang jam 12.20tgh urusan mandi jenazah telah selesai... kami dibenarkan untuk menatap arwah untuk kali terakhir.... keadaan sunyi sepi di bilik kapan..... I lihat kain putih sudah disiapkan bersama2 kapas untuk arwah.... wajahnya bersih, sebersih pergaulannya dengan kami.... Yaaa tiada kata yang dapat digambarkan.... rakan2 masscomm lelaki yang hadir sudah bersiap sedia untuk menyembahyangkan jenazah.... itulah antara sedekah dari rakan2 yang berada disana.... yang sebelum ini bertepuk bertampar..... hari ini sunyi.... dengan wajah2 yang tidak mempercayai apa yang sedang dilihat....
Harinya telah tiba.... masanya telah sampai..... Mohd Sadikin Mohd Yusof telah pergi kepada pencipta kita..... Laporan post moterm menyatakan, punca kematian adalah kerana terdapat nanah pada hatinya.....
Hari ini 11 February 2009... adalah hari bersejarah buat arwah.... kerana hari ini beliau diijangkakan untuk terpaksa melepaskan isterinya di mahkamah.... kerana jodohnya juga hanya setakat Allah izinkan....
Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah swt. dan ditempat kan dikalangan orang2 yang baik.
Amin...
No comments:
Post a Comment