Saturday, April 10, 2010

This is Sunday

Sedang menikmati roti hailam kat Mr Kaya Kopitiam.

Jadual makan hari ni memang banyak lari. Seawal pagi the 6 of us dah bergerak ke Stadium Badminton Cheras. Syasya ada tournament taekwando. Must be there before 8am.

Tunggu.. punya.. tunggu.. punya tunggu.. by 12.30pm baru turn syasya. Ring B game 44. Lama tue... Game tak sampai dua minit... syasya di isytiharkan kalah... so baliklah...

Sampai rumah semua knock out... penat sangat rasanya... lepas penat menunggu... penat kerana panas tengahari juga... energy dah ciput..

only at 5.30pm baru ada energy nak bangun... siapkan mee hoon goreng untuk anak-anak, lunch dah terbabas... so kira lunch n minum petang sekalilah...

By 9pm, my hubby tanya..." nak pergi mana-mana ker ? " Malas pulak rasanya nak keluar... anak-anak tengah rally CD. ...

Again by 11pm my hubby ajak pula... "jom p supper kat mana-mana.."... Aduh! supper lah pulak... akhirnya I said "oklah.".. anak2 pun dah blur-blur dalam rumah...

Ni tengah lepak kat Kaya lah nie... anak-anak and my hubby tengah makan... wa buat entry blog.. he he (kawal diri nieh!!)

** terjumpa seseorang di stadium tadi... Mat Taib.. bekas MB selangor... duduk kat seat orang ramai.. watching the game... still a good looking guy.. humble as before... so apa lagi... suruh... (suruh yaaaa) my hubby p salam dia.. takkan gue nak salam pulak... senyum buleh lah... ha ha..

Friday, April 9, 2010

apa ada pada RM100

Baru balik dari "shopping" kat Bazaar Tengahari belakang bangunan Lim Foo Yong dan belakang bangunan yang sederet dengannya...

Beli rojak ayam sebungkus, dua jagung and ada sikit tidbits untuk member kat office. Habis RM15. Itu baru makan tengahari, belum lagi tambang bas, monorel and tah apa-apa yang bakal dibeli masa tunggu bas kat Brickfields nanti.

Minggu lepas jer "shopping" tempat yang sama habis RM85. Kira kasar belanja kat Bazaar tue untuk dua hari Jumaat jer dah RM100. Kecik nyer nilai seratus sekarang nie.

Untuk orang yang saya kategorikan diri ini sebagai sangat sederhana berbelanja, berbanding dengan rakan-rakan sepejabat yang dah macam nak borong barang kat Bazaar tue, kira oklah RM100 seminggu sekali memanjakan@ merosakkan diri dengan beli belah.

Tapi bagi orang-orang yang lebih okay dari saya makan tengahari mereka mungkin bernilai RM50 sehari. Sehari jer tau.. bukan seminggu sekali. Itu sebab diorang makan kat TGI bila hari Jumaat, hari-hari lain mungkin makan kat Swensen ker, Italiano Restaurante ke, sushi ker... atau kat coffee house. Okaylah bagi yang bergaji enam angka.. RM50 tue cam lima ringgit jer. Sebulan budget duit makan RM2,000 - 3,000 no hal nyer.

Bagi orang-orang yang makan tengahari nyer dibiaya @ boleh claim dari office @ dah memang ada budget diorang makan tengahari @ tiap-tiap hari orang belanja, maka gaji yang ber ENAM angka dah selamat dari peruntukan makan tengahari. Tiap-tiap bulan simpan atau tambah saham, maka akan menggunung-gununglah duit diorang. Sekurang-kurangnya setiap beberapa jam sehari, mata akan terlekat kat PC tengok saham.. kot-kot duit yang disimpan buleh beranak.

Ramai di antara kita dibayar lebih dari RM100 sehari. Itu pasti bagi yang berjawatan pegawai. Ramai juga yang dapat lebih dari RM100 sehari bila simpan duit banyak-banyak dalam FD kat bank. Maka apa sangatlah RM100 pada kita.

Bagi orang-orang yang dapat peruntukkan especially pak menteri , mak menteri, abang menteri kak menteri RM100 cam sepuluh ringgit jer.. Jadi kalau dapat RM100 setahun, memang ucapan takziahlah yang patut diberi. Ucapan takziah tu saya setuju jika kita ukur dari keadaan kita semua seperti yang yang tulis awal-awal tadi.

Tapi bagi orang-orang yang bukan pencen kerajaan cam mak, ayah saya, pak mertua saya, nenek saya, pakcik-pakcik and makcik-makcik saya dan seangkatan dengannya, RM 100 tu amat bernilai. Biarlah bagi setahun sekali pun. Tak per. Sekurang-kurangnya tak derlah diorang pakai spender yang dah rupa cam roti kirai tue, yang perempuan pula bolehlah ganti bra-bra yang dah hilang elastik nyer... yang menjadikan rupa bentuk mukabumi badan wanita berumur tak seindah dulu.

Untuk kita-kita yang agak loaded nie, kalau kat Mark & Spencer memang tak cukup budget RM100 tue. Tapi bagi yang dah pencen @ warga tua, boleh lagilah beli kat Avon, adalah nama jugak.

Teruknya saya nie... keluarga rapat sendiri dibiarkan pakai bra lusuh dan spender roti kirai. Itu saya beri perumpamaan jer.. Mak ayah saya masih boleh uruskan diri dan buang apa yang dah tak boleh pakai.

Saya lebih memikirkan orang-orang kampung yang kerja bendang, ladang atau kebun yang memerlukan tenaga empat kerat. Sampai masa dah tak larat nak buat duduk rumah jer... mana nak dapat duit beli bra dengan spender? Sebab tu kita masih boleh nampak Roti Kirai masih dijemur di ampaian, sebagai gantian nanti.

Anak-anak tak beri duit? Tak mungkin.......... ramai anak-anak yang berpelajaran dan hidup di bandar sekarang hulur duit kat mak bapak. Itu yang berpelajaran yang pakai akal, kalau yang berpelajaran tapi tak pakai akal.. habis harta mak bapak kat kampung dia rompak, tanah pusaka buat harta sendiri... ada juga spesis cam nie...

Bila anak-anak beri wang bulanan, biasanya duit tu lah yang dibuat bayar air, letrik, makan hari-hari, sedekah kat orang kenduri dan simpan-simpan sikit. Takut-takut nanti ada masalah sakit ker, dapatlah buat belanja doktor kat klinik. Takkan nak mintak kat anak-anak lagi... kalau anak-anak yang banyak songeh, tanya pulak kat mak bapak... " duit bagi hari tue buat aper?" tak ker terketar-ketar orang tua kat kampung nak menjawab. Bukan sebab takut.. tapi lebih pada sedih... hah ! masa tu takkan nak kata " mak buat beli bra n spender dan ganti Roti Kirai bapak kamu"... those two things are very personal things... Tapi kalau jawab bayar doctor ker, api air... tak lah kisah sangat.

Balik semula pada RM100 tadi. Sekurang-kurangnya duit tu dapatlah beli bra dan spender sendiri, bukan duit orang lain, duit sendiri.

Untuk orang-orang kampung sebegini.. ucapan takziah adalah satu penghinaan..... baru nak merasa beli bra dan spender sendiri, buat ganti Roti Kirai yang ada, dapat ucapan takziah pulak...

Mana akalnyer ?

Saturday, April 3, 2010

Sehabis Boleh

Jenuh kaki berdiri sepanjang perjalanan dari KL ke Shah Alam... dengan kesesakan umat dlm train komuter.. semua berebut dan berhimpit2 bagi memastikan tubuh badan berada dalam gerabak..

Berdiri pun berdirilah... yang penting balik cepat...

By half an hour dah sampai Shah Alam, (cepatnyer), selalunyer 45 min atau 1 jam... tak kisahlah.. yg penting selamat sampai..

I then took another public transport, rapid KL.. since dah purchase monthly pass.. jadi sepuluh kali naik sehari pun x yah bayar.. amik rapid KL dr station Shah Alam ke Section 2 Shah Alam. From there another bus to Section 7. Perjalanan yang sepatutnya less than 10 minutes dari Station SA to my house dah jadi 1 hour and 15 minutes... habis 1 Shah Alam gue ini round. ha ha..

Masa naik bas Seranas dari sec. 2 ke sec 7.. again.. we really have to squeeze our size (mcm buleh..) to ensure orang lain buleh masuk sama... Driver bus pun mula menoleh ke belakang .." masuk2.. dalam lagi.. muat lagi tue.. ramai lagi kat luar nie.." bersungguh2 driver tu bagi arahan.. Berapa tapak jer pun buleh gerak.. but at least.. it does anyway.. giving some space for others..

"naik2.. perempuan jangan diri kat tangga.. lelaki tak per.. perempuan tak der insuran.. lelaki pun tak der.. tapi ok kalau jaga pintu..." mcm tulah driver bas kata.. some started giggling.. I sendiri pun pikir.. lawak seh driver ni...

"Bismillah hirahman nirahim.... " driver bas tue angkat tangan sambil meneruskan dengan bacaan doa menaiki kenderaan... kuat pulak tue dia baca... bagus juga.. kitorang tinggal amin kan ajer.. It makes me laugh inside.. sbb tak pernah jumpa orang se selamba nie...

Habis baca doa driver bas tu terus bergerak... dengan kepadatan berupa sardin cap seranas.. bas agak menggigil juga naik bukit tepi Uitm.. bila turun bukit.. driver bas betul2 control speed... Sungguh cermat pemandu ni... admire jugalah ngan attitude dia...

TING!.. someone tekan loceng.. maknanya ada orang nak turunlah tue...

Bas pun slowly.. menuju ke bustand.. " turun... turun dulu... pinjam kejap jalan .. ada orang nak turun... turun dulu yaaa.... kejap lagi naik balik..." driver bas tue cakap dengan nada yang sangat sopan... lembut dan teratur.. kat mereka2 yang berdiri di tangga " kalau nak turun terus pun tak per... kalau nak turun semua pun bagus juga... ringan sikit bas..."... haa haa haa... driver bas buat lawak lagi...

I just can't resist smiling.. but somehow.. ada sesuatu that holds back the driver.. something just not correct with his accent.. he was like controlling something... but just couldn't teka apa..

Bas bergerak lagi.. ...tetiba masa bas berhenti kat traffic light tepi tasik sec 7, driver bus terima call..."hallloo" driver bas menjawab... manis nyer suara... kalau tak tau siapa pemilik suara.. tentu dah jatuh hati..... Well as for us.. kita taulah orangnya agak berumur juga... Driver bas menjawab lagi " aku di sini... section 7.. sabar tunggu dulu.. nnt aku sampai... di tunggu innn".. itulah kata2 driver tadi... (baca semula warna merah ... dlm accent jawa.. campur indon..)

Rasa macam nak pecah perut tahan ketawa.. patutlah sikit nyer control suara... Indon rupanya... habis semorang yang nak turun tadi.. siap cakap " turun depan ya bang..."... kalau bunyi indon awal2.. dah tentu diorang panggil "wak"...

Anyway... tak kisahlah apa background sekalipun.. that driver .. telah hantar gue ini.. selamat sampai ke section 7. Thanks...

for no reasons.. tetiba rasa nak naik public transport for the whole day... best gak.. cuma masa jer yg jadi masalah..