Tuesday, April 28, 2009

b'fast picnic @ Sec 4 park

I've been there twice...

The first time was 5 years ago... Only me and the kids... during school holidays..., a tremendous place to rest and relax...

The kids kept on reminding me about the place... they wanted to be there... again... Well...why not I told the kids...lets have our breakfast there....

The kids were so excited, they woke up quite early and help me with the preparation... Plates.. cups... hot milo... Tuna Sandwiches... sausages... omelette... and some "junk food" (my goodness), were all in place...

Off we go... the whole family to the park..

at the main entrance to one of the bbq area




this thing is awesome




its makan time - look at the background.... boleh golek2


No word can describe the fresh feeling we had... that morning breeze with the great green ambiance.... thanks to MBSA...

syasya & sarah near the pond


my adorable kids

Monday, April 27, 2009

Ammar turns 11


Happy Birthday Ammar

Ammar turns 11 last 23rd April.

I was on leave...

Memang selalu bila birthday anak2 I will spent time ngan diorang... tak jalan tak per.... yang penting ada ngan diorang..

That 23rd sempat buat cake untuk Ammar... Syasya hantarkan ke kelas.... as for Sarah... ari tuh dia MC lagik.... kene monitor ubat2 dia...

Doa mama... semoga Ammar sentiasa terpelihara... dan memelihara diri... Hidup sentiasa diberkati... dan diredhai.... Menjadi hamba Allah yang soleh.... anak yang sentiasa disayangi oleh mama & papa.. juga sentiasa menyayangi keluarga.... Bijak dan cekal dalam hidup...

Mama sayang Ammar

moments

Keadaan sangat padat beberapa hari yang lalu... sampai tak sempat nak entry ape2 pun..

Sarah tak sihat lagik... muntah lagi sekali kat sekolah Selasa ari tuh... kebetulan pagi tuh ada dengar dalam radio beberapa student dari sekolah diorang masuk spital sbb keracunan makanan.... Kebetulan juga, sekolah telah mengarahkna canteen ditutup sementara.... Moralnya... hari2 kene bawak bekal...

As for Sarah... since Selasa hari tuh... terpaksa bawa p Klinik Dr Jaspal kat Port Klang.... jauh skit kali nih... lagipun tulahhh doctor yang kitorang bawak anak2 masa kecik2 dulu.... Disebabkan batuk dan semput Sarah makin kerap... maka Dr Jaspal is the right person to visit. Dr minta bawa Sarah for follow-up chk up on Wednesday... then Friday pun kene bawa lagi.... if she is still not comfirtable... bawa lagi on Sunday.... Alhamdulillah after Friday hari tu.... Sarah dah makin okay... but batuk still there... Will need to visit the Dr again bila ubat dah habis...

Kebetulan first day masa visit Dr Jaspal ari tuhhhh.... wax pada telinga Sarah mcm banyak.... baru ajer I bersihkan Sunday ari tuh.... So kitorang pun minta Dr Jaspal check .... " its wax but not stuck to ear drum " " do you have olive oil?" Dr tanya... I angguk jer... dlm hati ... aper ke halnyer... nak olive oil lak nih... " just drop one or two drops olive oil... it will settle the problem" " do it tradisional way".... the Dr advised.... (tu lah best nyer p Dr Jaspal nih....)

Some people advised me to give sarah makan peria katak..... Wak yang potong rumput kat rumah kitorang semalam tu pulak advise kitorang to give Sarah temulawak blend ngan susu... pastuh bagi Sarah minum.... nanti Sarah akan throw all the lendir keluar.... hmmmmmm.... pokok temulawak yang my hubby tanam pun tengah merajuk sbb pindah tempat....

Semoga Sarah cepat sembuh

Monday, April 20, 2009

Alahai Sarah

Sarah tak sihat lagi...

Jumaat lepas lebih kurang jam 4.50pm my hubby informed me that Syasya just rang him, Sarah not feeling well... vomitted 2 x...

Adusss!! kenapa lah pulak dengan Sarah ni... I was so worried... luckily my hubby drove that day... and he was about to leave the office... He then went straight to the school...

I tried to contact the School's office.... the line was enggaged.... I kept trying... it was still in the same manner... Pray that my hubby would reach there secepat yang mungkin... Sian Sarah.....

Bila I called my hubby... around 5.45pm cam tuh... dia kata baru reached the school... and currently heading to the School's office...

15 minutes later I rang him again...

This is what he said..

" Badan Sarah dedar.... teruk kot muntah tadi...."
" Teruk sangat ke dia sekarang? macam mana boleh muntah? siang tadi ok jer" I replied
" Tau tak kenapa dia muntah ?" my hubby tried to explained " tadi ada budak yang duduk sebelah dia tu terberak dalam seluar..... agaknya Sarah ni... tak tahan geli and bau... terus muntah dalam kelas...." Ohhhhhhhh.... I terus gelak.... rupanya tak tahan bau... sampai termuntah.... Hati I ketawa...

Sian Sarah... sebab cam tuh pun dia termuntah.... Sebenarnya kesian lagi cikgu kelas tuh.... dahlah sorang murid terberak atas kerusi dalam kelas.... sorang lagi muntah sehingga melambakkan makanannyer atas meja belajar.... nasib baik dah nak waktu balik sekolah... tapi rugilah dua subjek... cam ner nak belajar tuhhhh???

Masa kat rumah I tanya Sarah.... " Bi macam mana boleh muntah nih.... " Sarah pun jawab " Baby cuba tahan.... tahan.... tahan... bau tapi tak boleh ... Baby dah pening... tu yang Baby muntah tuh.... perut Baby sakit sangat.... lepas tu Baby kene jalan pegi kelas kakak... cari kakak minta tolong...."

Sian Sarah ( sekali lagi ) dah lah sakit... terpaksa pulak cari pertolongan sendiri... nasib baik kakak very helpful bawak adik pegi toilet... cuci sikit... pas tu pegi pejabat sekolah... maklum kat cikgu... then only called the father... ( why not me?? simply because Syasya tahu call mama buat aper.... bukannya mama bawak kereta hari tu... papa yang drive..... heee hee hee.... bijak anak mama...)

Tertanya juga... cikgu mana???.... then me and my hubby gelak... ntah2 cikgu pun sendiri tak tahan... cabut dulu..... heee heee heee

Friday, April 17, 2009

bulan kelahiran islam

untuk beberapa ketika tadi I melayan Facebook... tak pandai sangat... tapi diusahakan juga... ada sesuatu yang menarik my attention... iaitu mengira bulan kelahiran kita dalam kalendar islam...

ini feedback nyer

Tarikh Lahir : 3/7/1974


"Daing telah menghitung tarikh lahirnya dalam tahun Islam.

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 12 Jamadil Akhir 1394 Hijrah iaitu jatuh pada hari Rabu.

Maksud : Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

Sifat : Mempunyai watak yang berani, menghormati orang lain. Anda mempunyai pelbagai kebolehan dan kebijakan. Apabila anda tahu bahawa anda salah atau keliru, maka anda mudah mengakuinya. Tetapi, bila anda tahu yang anda benar, anda akan tetap mempertahankan pendirian anda dan tidak akan mengaku kalah. Semasa kecil, ibu bapa anda perlu mendidik anda dengan baik agar sifat-sifat anda yang baik itu terserlah. Jika betul didikannya, semasa dewasa nanti anda akan menyenangkan kedua orang tuan anda."


Azim

18/02/1997

Daing telah menghitung tarikh lahirnya dalam tahun Islam.

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 10 Syawal 1417 Hijrah iaitu jatuh pada hari Selasa.

Maksud : Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

Sifat : Mempunyai perwatakan dan hati yang keras. Anda tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidup anda. Oleh itu, ibu bapa anda perlu mendidik anda dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruk anda itu. Jika tidak kehidupan anda akan menjadi susah kerana perangai keras hati, dan selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Ammar

23/04/1997

Daing telah menghitung tarikh lahirnya dalam tahun Islam.

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 25 Zulhijjah 1418 Hijrah iaitu jatuh pada hari Khamis.

Maksud : Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Sifat : Jika anda jahat, anda akan menjadi terlalu jahat. Jika baik, anda akan menjadi terlalu baik. Anda sering mendapat padah hasil dari perbuatan sendiri. Anda sukar mengawal perasaan, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana anda tidak dapat memberikan garis pemisah, anda sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatan anda itu. Anda seringkali menyesal kerana kurang berhati-hati dan kurang pertimbangan.

Syasya

5/5/2000

Daing telah menghitung tarikh lahirnya dalam tahun Islam.

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 30 Muharram 1421 Hijrah iaitu jatuh pada hari Jumaat.

Maksud : Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

Sifat : Seseorang itu bersifat pendiam dan memiliki pemikiran yang sihat. Mungkin akan menjadi tidak sihat sekiranya anda tidak mendapat didikan yang sempurna. Walaupun begitu, jika dididik dengan baik, anda boleh menjadi seorang yang cerdik kerana bakat fikiran yang pintar dan cerdas yang ada pada anda. Di samping itu anda mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaaan yang selamat.

Sarah

5/11/2001

Daing telah menghitung tarikh lahirnya dalam tahun Islam.

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 18 Sya'aban 1422 Hijrah iaitu jatuh pada hari Isnin.

Maksud : Bulan ini terbit dari perkataan "Syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

Sifat : Mempunyai perwatakan yang baik. Hidup anda selamat dan rezeki tidak putus-putus. Sewaktu kecil anda mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. kelakuan anda baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang pada anda. Semasa dewasa, anda akan berjaya dalam segala kerjaya dan mudah mendapat rezeki.


Percaya 100%, tidak ler..... tapi adalah juga persamaan nya.... for me... info macam nih baik untuk guide perjalanan... terutamanya dalam membesarkan anak2.

javascript:void(0)

Semoga Allah memberi perlindungan dan keberkatan kepada kami sekeluarga...



aku dan kenangan (form 5-asrama-siri 1)

Form 5, adalah tahun ter best aku...
Tahun tu lah aku di kategorikan "dipaksa" tinggal kat asrama sekolah....
arggggghhhhh tidak..... aku jarang duduk jauh dari keluarga...
kalu tak rumah mak, aku kat rumah nenek... paling jauh aku duduk rumah makcik....
tido semalam dua di rumah kawan pernah gak.... atau bercamping seminggu...
tapi ini setahun.... umakkk aiiiii....

Asalnya... sebab terpaksa tinggal kat asrama ni semuanya sebab aku sendiri.... masa form 4 dulu... seperti dlm post sebelum ini... nama aku adalah cukup top dalam buku pengawas sekolah.... Jadi Pn Zainab (HEM) masa tuh... risau kan aku.... aku adalah pelajar yang paling jauh duduk dari sekolah.... (Shah Alam - KL) pas tuh transport susah lak....

Cikgu advise aku duduk asrama.... aku mengelak masa form 4, tapi tersangku masa form 5, cikgu bagi borang suruh aku isi... pas tu siap kata... tempat aku dah secure kat sana... (masa tu masuk asrama banyak syarat... tapi untuk aku cikgu dah kau tim), Berat gak arrr nak gi tau mak aku.... tapi akhirnya aku masuk gak....

Duduk asrama semuanya berjadual... ni yang aku tak tahan... masa makan, prep, tido, aktiviti dsbgnya lahh.... kene pulak aku dah terbiasa dengan aktiviti berkeluarga... masak ngan nenek... makan2 ngan sepupu yang kecik2.. tengok wrestling ngan nenek setiap malam rabu ( bila nenek get excited aku yang lebam lengan.. cheh... nenekkkk..... nenekkkkk) .... yang paling ketara aku tak leh buat ialah tido.... adusssssss

Sebelum duduk asrama... sampai jer rumah... aku tido dulu.... makan kendian... sbb tuh... dulu aku sangat kecik... pinggang pun hanya 23 paling tinggi 24 (skng dah terbalik 42 plak...hu hu). Bila duduk asrama balik sekolah terus makan... pas siap solat.. terus kene pegi prep.... aku malas nak gi prep... aku tak leh baca buku n buat keje sekolah masa orang tengah ramai.... aku tak biasa... sbb masa kat rumah... aku belajar sorang2... n bila aku dah ready jer....

Pernah aku kene tangkap sbb tido kat dalam dorm ( hee hee) oleh Pn Noriyati.... (sian cikgu tuh kene jaga kitorang yang banyak songeh nih) pas tuh paksa aku p bilik prep.... akhirnya aku tido kat bilik prep tu.... according to cikgu Noriyati... dia tak kisah... asalkan semua pelajar kat sana & ikut peraturan.... (siksanya aku masa tuh...)

Habis prep... makan petang lak.... pas tu siap untuk solat asar.... habis solat baru boleh buat urusan sendiri.... by 6pm kitorang dah kene beratur kat dewan makan... cam keretapi lah panjangnyer......selalunya berebut2... time2 nih my friend Zurul, Ijam & Aishah akan saling tolong menolong secure line tuk kitorang.... ada kalanya adik2 junior akan bagi space kat kitorang.... TQ ya adik2 ..... opsss... jangan tersalah anggap... kitorang bukan kaki buli.... cuma agak terfamous skit kat sekolah... jadi adik2 nih ada topik untuk dibualkan kat sekolah sbb dapat borak ngan Kak Daing atau berdiri sebelah Kak Daing.... sehingga menimbulkan rasa jelouse di kalangan mereka ( cheh wahhhh ..... true aperrrrr...) .....

Makan malam memang best.... kitorang kene baca doa bersama2... pas tuhh nyummm nyummmm.... makan kena cepat2 sbb lepas makan kene p solat maghrib berjamaah... sehingga waktu isya... TV? jangan mimpi.... TV14" jadi tontonan berpuluh2 orang pelajar kat bilik TV... tuh... maka menonton bukan perkara best masa kat asrama... ( lagi syok tengok tv ngan nenek... sebab nenek selalu explain balik citer yang kitorang sama2 tengok... pas tu tanya soalan kat kita lak....... cam ner tuhhh ) ....

Lepas Isyak biasanya kene prep balik.... Okay... masa nih baru bole belajar... buat keje sekolah dsbg... sbb waktu prep wajib 2 jam jer... pas kul 10 dah boleh buat hal sendiri.... aku lepas jam sepuluh baru boleh betul2 study...sbb student yang lain tak ramai.... menjelang jam 12 baru siap baca .....

Pernah satu ketika... disebabkan moment itu adalah yang terbest untuk belajar maka aku melajakkan waktu hingga satu pagi.... adalah tiga orang dalam bilik tuh... duduk sejauh2 alam antara satu sama lain... pas siap aku terus kuar dari bilik prep.... hah masa tuhhhhh....
TERCONGOK SATU LEMBAGA PUTIH KAT ATAS TEMBOK TINGKAT 3 , SEBELAH TANGGA TEMPAT AKU NAK TURUN. Kebetulan masa tuh aku memang dah rabun... tapi tak pakai spek mata.... jadi aku tengok dia... dia tengok aku.... aku tengok dia.... dia tengok aku balik.... bila aku terperasan apa yang aku tengok aku terus blok hati aku dan pikiran aku dari memikirkan apekebendenyer yang aku nampak tadi.... jalan terus masuk bilik.... bilik aku lak betul2 kat bawah tempat benda itu tercongok.... Setahun aku kat asrama... tak sorang pun aku gi tau... bukan aper... cuma tak mau takutkan diri sendiri jer...

GANGGUAN DI ASRAMA
Bila terbercerita tentang benda putih yang tercongok kat tembok tingkat 3 tuh... aku teringat kat seorang budak pompuan form 3 atau 4... kene rasuk... masalahnya ialah budak tuh satu bilik ngan aku.... katilnyer pulakk ngadap katil aku.... leceh betul aku rasa masa tuh......

Pernah kitorang kene tolong pegang kaki budak tuh.... budak tu lak... baring kat katil atas.... jadi kitorang kene adjust untuk tolong dia.... aku ingat lagi ayatnya " kak dia pandang saya kakk " masa tu mata budak tu pejam... kitorang ramai2 pegang kaki & tangan & badan dia.... pastu tak tau siapalah yang kata " jangan pandang dia... pandang tempat lain".... ini jawapan budak tuh separa menjerit... " dia senyum kat saya kak"... hah!!! masa nih... kitorang yang pegang kaki dia terus menjerit & lepaskan kaki budak tuh..... takut woooooo!!!!!!... then ada sorang tu jerit kat kitorang..." jangan lepaskan kaki dia.... " ... nasib baik masa tuh... budak2 asrama nih ramai yang dari aliran agama... jadi diorang nih tolong baca ayat2 yang perlu....

Selepas dari kes tu... kitorang elakkan diri dari mandi waktu yang sama dengan budak yang kene rasuk tuh.... mana tak nyer... bila dia jeling kat kita.... takut woooooooo!!! soram den....

Bunyi2 suara pelik2 nih sudah agak terbiasa... kitorang hanya berpandangan sesama sendiri dan cepat2 blah dari toilet...

Panjang dah citer nih.... len kali sambung balik

Monday, April 13, 2009

sakit jiwa

Orang yang sentiasa positive tak mungkin akan sakit jiwa...
Sebab orang2 cam nih biasanya sangat tenang dan tententeram jiwa dan pemikirannya...
sebab itulah aku sentiasa berusaha mempositive kan pemikiran aku....

Tapi sekarang aku tengah sakit hati... perasaan... jiwa.... pemikiran.... sampai satu tahap aku malas nak berkata2....

Ya hari ini aku sangat tension....
Patutkah aku berperasaan begini ???
Logik nya aku memang patut.... sebab aku rasa aku dibodohkan.... dan dipersendakan...

Meh cite skit..

Sebelum ini aku diminta buat satu keje... makan tahun jugak lah usaha nak siapkan keje nih... semua information nak kene cari... baca... edit setiap satu article... pas tuh nak kene susun ikut genre yang sepatutnya.... then finalise lagi sekali untuk pastikan semua information tepat.... mana tak nyer... kalu salah nanti image company jugak yang tercalar.... after hampir dua tahun keje tu pun siap.... masa tuh aku ada boss yang best... so keje pun tak tertekan sangat...

Dalam tempoh tuh... datang satu staff baru... siap kutuk aku nyer keje.... aku maleh nak layan.... budak baru... fresh lagik.... biarkanlahhh..... Pas tuh siap "cucuk" big boss aku lagik.... kata keje aku sebenarnya senang.... banyak provider yang boleh bagi free.... aku diam lagik.... pada aku selagi dia tak usik keje2 aku... maka aku bolayan jek.......

Aku bukan ada basic IT.... tapi pada aku...selagai aku boleh belajar... tak salah aku buat.... tapi kene dapatkan nasihat dari mereka yang mahir dalam bidang ini.... Nak dijadikan cerita... budak baru nih claimed dia memang terer part2 IT nih.... akhirnya keje2 yang telah aku buat... di pas kan kat dia... supaya dia boleh buat penambahbaikan.... Aku? ... aku ok jer.... so long as... kerja tuh dibuat dengan lebih cemerlang... aku no hal..... maka dengan itu semua doc... yang berkaitan aku pas kan kat dia....

Selepas dua tahun.... keje tu di pas kan semula kat aku....
Beku kepala aku kejap..... Ya... budak bijak itu telah menukarkan keseluruhan format kerja aku.... menghilangkan data2 aku.... melenyapkan fail2 dan doc2 aku.... sehingga menyebabkan keseluruhan kerja2 aku yang dahulu itu hanya sia2 sahaja..... tak cukup dengan itu... mengelirukan bos2 aku dengan mengatakan aku ... tak bagi dia information yang cukup.... HAH?? aku jugak yang salah.... ini yang buat aku tertekan nih.... masalahnya sekarang... aku diminta untuk follow-up semua keje2 yang terbengkalai dan membuat semula keje2 tuh..... dengan perkataan lain... DAING PLEASE RE DO....

Saat2 nilah aku rasa macam nak melayangkan "surat pemutus kasih sayang"....

Tolong akuuuuuu.... jiwa aku sangat tertekan....

Friday, April 10, 2009

siapa aku suka

Hari ni nak bercerita tentang idola ku dalam negara ini...

Beberapa hari lalu barisan menteri kabinet yang baru telah di umumkan... sebagai rakyat Malaysia aku ucapkan tahniah kepada pemimpin yang baru.... Memimpin adalah satu amanah Allah.

Dalam ramai2 pemimpin yang ada kat Malaysia nih... aku paling suka Tuan Guru Nik Aziz... aku tak pernah jumpa.... tapi aku boleh rasa hebatnya hamba Allah ini.... next is Azizah (isteri Anwar) Wanita ini pada aku mempunyai sifat yang lembut dan cekal.... seterusnya Muhyiddin Yassin... pada aku dia adalah pemimpin yang jika diberi apa2 portfolio pun dia akan lakukan dengan baik... sangat amanah dengan tugasnya.... Selain itu Lim Kit Siang (DAP), pada aku... pemimpin ini sangat fokus dan konsisten, then T Murugiah.... bahasanya sangat kemas dan terang... terbaru ialah Nizar (Menteri Besar Perak).... for some reason aku rasa dia ada charisma yang tersendiri... tak mustahil pada aku lah... dia berupaya menjadi Perdana Menteri Malaysia pada satu hari nanti.... Why not?? dia pun rakyat Malaysia juga.... Kebolehan beliau bertutur dalam banyak bahasa sangat membuat aku teruja....

Aku tidak memandang parti.... aku melihat kredibiliti...
Aku sayang anak2 aku.... aku mahu mereka menikmati hidup yang berlandaskan agama Islam yang sempurna.... tidak memandang rendah pada kaum lain... kerana mereka juga seperti kita... makhluk ciptaan Allah...

Thursday, April 9, 2009

mesti tengok

Pernah tak tertahu atau tertengok clip vidoe geli mat ?

Ini memang lawak giler.... berhari2 pun masih boleh gelak lagi.....

Kat You Tube yang ada tuh... korang key in GELI MAT.... pastu pastikan korang semua dengar sebutan penyanyi tuh... dan jangan lupa baca subtitle kat bawah.... kalu nak lagi clear p cari kat You Tube

Disebabkan aku baru ajek... dapat pengetahuan tentang GELI MAT ini... dan menjadi perbualan hiburan kitorang kat rumah maka amik lah peluang untuk tengok sama...

Pada yang dah tengok .... lawakk kan???

ada masa cari numb indon lak....
Selamat berhibur.........................

Wednesday, April 8, 2009

jatuh pulakkkk

Pagi ni aku sampai seperti biasa kat office. Lepas park my car, I used the back door to the office... its nearer.... time2 cam ni ramai juga yang sampai. When I walked from the car to the back door tetiba... gedebuk!!! aku terjatuh... aku hanya ketawa... rasa lawak pulak pagi2 mcm nih jatuh.... tetiba hidup ni rasa macam meriah pulak.... mana tak nyer.... masa tulahhh aku terlompat2 menahan sakit.... masakan tidak.... tulang kering kat kaki kanan ni.... terhentak batu tangga satu kat situ..... huh dah lama tak jatuh....

Ada few friends saw the incident... tapi terus heran... apahal pulak aku tergelak2 kat situ.... ya sebenarnya aku memang rasa lawak... lawak giler.... dah besar2 cam ni pun boleh jatuh.... Sebabnya mudah ajer.... mata aku sibuk memandang kawan yang baru sampai... sampai terlupa melihat tempat yang aku pijak.... hah! kat situ memang ada kawasan yang muddy... apabila terpijak maka terlicin dan seterusnya tergolek....

Disebabkan aku tak sign in lagi... maka aku terus rush masuk office.... apalagi berjalan macam orang p walkathon.... hu hu.... nak tahan sakit..... lama jugaklah sakit tuhhh..... bila yang lain tanya kenapa..... aku gelak lagi..... " bayangkan aku jatuh kat belakang..... aku... jatuh..." kadang2 aku rasa aku cam sewel pun ader.... kalu sakit orang terus cari ubat... tapi aku macam orang gila gelak sorang2...... bila kawan aku Kenny tanya aku ngape... aku bagi jawapan yang sama.... ini response dia " ohhhh patut laaa tadi masa aku keluar kereta aku rasa tempat nih macam gegar sikit" hee heee hee kitorang gelak lagi....

Aku expect kaki aku bengkak teruk... tapi aku malas nak layan..... kaki je yang sakit.... lain2 ok jer.... adalah sikit darah kat jari.... ala... sikit jer.... tak habis pun darah aku...... Sat tadi aku tengok mcm dah sikit2 biru.... a friend Renny bagi minyak suruh sapu dulu takut nanti bengkak teruk.... aku capai jerlaahhhhh.... tapi aku kata tak de lahhh sakit sangat.... ini pulak response Renny " hah itu lahhh.... orang macam ni masa kecik sudah biasa jatuh.... jadi jatuh macam ni no hal" ya aku agree dengan Renny..... jatuh adalah perkara biasa bagi aku masa kecik.... aku tak pernah amik pusing... aku bangun dan main balik.... kalu aku tak main balik tu namanya kaki aku terseliuh lah tuhh.... itupun satu kakipun aku masih nak lompat2 lagik.... hee hee

Ada kawan lagi sorang kat office nih, Rajes... pernah gak jatuh kat area situ.... hah tak pasal2 kaki kene operate..... ada urat dah tak function... jadi lutut dia bengkak. Masa jatuh tuh urat dia mungkin terseliuh dan dia tak tau.... tapi since then dia kata... kaki kanan dia selalu sakit... sekarang bila dia squatting lutut dia berbunyi....

In my case... aku positif that nothing bad akan berlaku.... lagipun aku baru p massage kaki kat Asean Touches kat Bandar Baru Klang.... p sepuluh kali free 1 kali.... nyaman bila dah urut kaki.... dari satu jam.... budak2 kat kedai tu biasanya bagi aku extra setengah jam... siap urut bahu lagik..... kadang2 aku siap terlelap lagik..... hee hee

Kawan2 aku kat office kata.... teruk tu.... nanti esok mesti tak leh jalan..... jawapan aku... mudah jeeee.... tak leh jalan aku MC jer.... hu... hu....

Tuesday, April 7, 2009

aku dan kenangan (gerai kak long)

kak Ijam hantar comment... gitau... kenangan tentang kedai kak long yang kitorang selalu lepak lepas balik sekolah.... To be frank I memang jarang melepak.... hanya jika ada aktiviti waktu petang kat sekolah maka kedai kak long adalah lokasi merebut laksa penang dan melepak.

Bila 'bering' (bell ring) waktu balik kitorang biasanya dah tunggu kat bangku merah kat area gelanggang... betul2 sebelah pintu belakang... bila agak2 ada geng kitorang terus p kedai kak long tuh... yang lambat dah tau mana kitorang lepak....

Aktiviti melepak kedai kak long nih berlaku when I was in form four... bila laksa tak dek... biasanya kitorang share... kadang2 kitorang merungut gak sbb laksa habis cepat...

Kedai kak long ni jugaklah tempat I sarapan nasik lemak hari2.... sedapnyer perghhhhhh!!!! especially sambal dia tuhhhh.... additional lauk yang paling glamer ialah telur mata kerbau...

Sarapan kat rumah??? mimpi aper???? bukan mak tak buat.... tapi masa tu my parents dah pindah kat Shah Alam... jadi by 4.45am I dah woke up... by 5.30am kene tunggu bas kat belakang rumah... itulah satu-satunya bas yang ader.... next bus will be somewhere around 6.30- 6.45am... mana nak sempat sampai sekolah before 7.15pm, sekurang2nya bila dapat bus 5.30am tuh bolehlah reach sekolah dalam 6.30am - 6.45am... itupun kene tukar bas kat bangsar dulu... amik bus yang p kampung baru lak.... Selalu gak arr bus 5.30 tu ter delay.... maka nama DAING ZARINA akan menjadi fav. buku pengawas sekolah... hee hee hee

Aktiviti di sekolah biasanya 3 times a week... dari latihan rumah sukan, ke persatuan hinggalah ke kawad kaki Kadet Polis.... hah mencacak kitorang kat tengah panas kat gelanggang tuh.... tengahari buta.... tapi yang pasti kitorang dah pekena kedai kak long tuh..... kengkadang terpikir gakkk.... kak long nih taruk dadah ke aper??

Aktiviti biasanya habis lebih kurang 4.30-5pm... kalu cepat... kitorang tea break kat kedai kak long dulu.... pas tuhhh rushing giler ke stesyen keretapi kat KL tuh.... ingat lagi masa tu.... me, Kak Ijam and Zurul.... bergegas mengejar time... takut terlepas keretapi.... masa tu komuter masih baru.... kalu ada best sbb ada aircond... kalu tak keretapi mcm p gemas tu lahhh yang kitorang naik untuk balik ke rumah....

Waktu tepat untuk dapat train balik ialah 6.00 pm, kalu terlepas train tuh.... kitorang samada akan berjalan kaki ke hentian Klang bus stand atau tunggu train kemudian. Kak Ijam akan berenti kat Pantai Dalam, myself berenti kat Sungai Renggam, Shah Alam while Zurul Ain berenti kat Padang Jawa... rumah kitorang memang tak jauh dari hentian tuh.... Dalam train kitorang cari tempat duduk dekat2... mulut kak ijam mcm bertih jagung... ada jer story mory nyer... Zurul biasanya amik kesempatan untuk lelap jap... sbb Zurul paling jauh maka tertidur pun tak der masalah.... Kak Ijam tak boleh sbb Pantai Dalam paling dekat.... kalu tertidur... hah ke port klang lah kitorang jawabnyer....


Arghhhhh!!!! syok nyer masa tuhhhh.... penat mungkin ada, tapi tak terasa sangat sebab keseronokkan mengatasi segalanya.... ada ketikanya I tak balik Shah Alam, tapi terus p rumah nenek kat KL... lepak situ pun best....

Berbalik semula ke kedai kak long, selain dari laksa penang and nasi lemak yang happening tuh.... ABC pun ader gak.... inipun kitorang share.... lain2 food tak berapa pasti... sbb rasanya macam tak berapa membeli lahhh.....

Setahun menjalani hidup macam nih... rasa sangat masa terisi.... kitorang kat sekolah jadi sangat rapat.... dan boleh dikatakan group yang paling popular kat sekolah.... budak tingkatan satu sekolah petang pun boleh kenal kitorang.... hee hee hee...

Time nilah kitorang paling banyak dapat hadiah... especially bila time birthday.... thank you lah adik2 sekelian.... gambar dengan admirer pulak berkepuk2 dalam laci.... tak beli... tapi adik2 tuh kasi free.... semua tuh kenangan....

Nanti bila ada masa I story time form 5 and form 6 lak....

Monday, April 6, 2009

aku dan kenangan (bas)

Seorang kawan... Kak Ijam, itu nama kitorang kat sekolah SMPW panggil dia... sangat rajin load gambar kat facebook... especially gambar2 masa zaman sekolah dulu.... aku sendiri kurang ada masa nak melayan facebook... sementelahan nak load blog sendiri pun... adakalanya melompat2.

Mengenang kembali zaman sekolah dulu.... rindunyaaaa..... terutamanya bila time rehat masa sekolah petang... lepak kat tepi pagar gelanggang, belakang sekolah.... bawah pokok lagi tuhhh.... mengadap orang lalu lalang.... jalan tanah merah....

Area tu jugaklahhhhhh selalu air bertakung macam kolam teh tarik .... bila Kg Baru banjir.... waktu petang.... habis rumah2 orang kampung kat area tu separa berendam....

Waktu rehat kitorang jarang dimanafaatkan dengan makan makanan yang berat2, dapat kuih dah kira ok dah masa tuhhh.. air bungkus dalam plastik yang ada tangkai tuhhhh.... sruppppp srupppp bebudak menyedut air.... Bawak bekal ???? huh masa tuh kira tak glamer langsung.... kira2 kalu dapat minum air oren gas ker... strawberry gas ker.... dah kira kaya lah tuh..... masa tuh manalah nak kira bab2 kepentingan kesihatan nih..... yang penting air gas tuh rasa paling best.....

Sekolah petang sebenarnya memang sangat bosan... bila hujan susah nak balik.... masa dulu balik naik bas.... time2 hujan bas dah macam sardin.... kadang2 tak berenti amik orang lagik.... kenelahhh tunggu bas yang seterusnya.... kalu kebetulan abang driver tuh kita kenal... (sbb dah hari2 naik) dia dah standby tempat duduk sebelah pintu ada satu seat yang sendiri adjust.... conductor dia tolong reserve kan... dapat naik... dapatlah duduk....

Bas mini kat KL masa tuh.... bawak macam p racing..... mencilok aje.... masa duduk kita kene pastikan ada tempat nak pegang.... kalu takkkk.... surrrrrrrr mengelongsor dari tempat duduk.

Hujan lebat biasanya akan buat KL banjir... itu perkara yang biasa dilalui.... kalu sekarang KL banjir... tak delah nak diherankan sangat.... bas akan biasa tersangkut paling lama kat pudu raya..... tersengguk2 bas tu jalan.... kalu kita dapat tempat duduk... kita pun tersengguk sama... sbb mengantuk.... tambah pulak kat luar sejuk giler.... BAU??? jangan tanya... mcm2 minyak wangi petang.... tahan jer lahhhhh.... cara paling biasa untuk tutup hidung ialah dengan meletakkan beg atas peha, peluk beg dan letak separa muka dari hidung ke bawah mendakap beg....

Banjir teruk akan mengakibatkan air sungai gombak melepasi jalan raya.... jalan dah tak nampak... yang ada hanyalah pagar pengadang tepi jalan tuh.... buat guide pemandu.... tapi rasanya lah kannnnn.... tak de dikisahnya pemandu tuhhh... hari2 jalan sama ulang alik berpuluh kali....

Bila sampai rumah waktu biasanya melepasi 7.45mlm... pernah sampai rumah jam 8.30 malam... itu tak kira kene jalan kaki merentangi padang merbok untuk sampai ke rumah.... adalah dalam 1km lebih.... kalu hujan lebat... awal2 lagi dah stanby plastik buat cover bag... sbb takut buku basah..... sendiri basah... tak dak hal.... Tapi heranlah.... basah kene hujan cam ner pun... susah lakkk nak demam.... setahun tu.... belum tentu demam sekali pun.....

Apapun aku nak ucapkan terima kasih kat abang bas no 21 & 18 yang bawak aku balik dengan selamat dan tanpa gangguan.... dan ada ketikanya membenarkan aku naik bas free..... especially abang bas no plate 1407.

Friday, April 3, 2009

Mengejar dan dikejar

Berlari berkejaran...
Lupakan segala duka....
Di kota di desa...
Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua....

hu! hu!

Driving at maybe 120km/h, rushing home at about 12.00noon yesterday....
hah! Sarah punya asthma makin teruk... I can hear thru the phone... she was coughing badly... sampai termuntah.... she must have had suffered with it...

When I reached home, Syasya dah siap nak g sekolah.. Sarah masih bawah selimut... dah mandi... cuma mungkin kurang selesa.... Nasib baik Syasya makan awal ... I head to the School... hantar Syasya dulu... then to Clinik Damai... neubalise Sarah dulu... The wheezing sound was very clear... luckily Sarah sentiasa calm dan tak merengek... masih boleh senyum dengan doctor....

At 1pm, Sarah di neubalise, approx' 15 minutes... then discuss ngan doctor... She suggested sarah untuk dibawa ke Hospital for further check. Pas tu doc kata wait for few days... bagi ubat dulu then we will see from there....

1st gas tak berapa membantu... we have to come back for the second dos another half an hour... I decided to balik rumah dulu... bagi Sarah makan... Fish soup yang dah dimasak pagi tadi sebelum p office. Sarah makan sikit jer.... by 2pm I p clinic lagi sekali... Azim follow....

After the second gas... baru ada clear sikit.... I called my superior, Informed her I'll be late to the office... will reach around 3pm ... saat ni terlupa lak ada appointment kat NSTP... adussss
5 Minutes later, my collegue called " hey where are you???" ayooooo!!!!! " sorry lupa arrrr nak inform you... I'm still in the clinic... need to settle sarah dulu.... I'be there by 3pm" I replied... Sebenarnya I tak tau appointment tu kul berapa... cuma this morning he informed me Petang... aduuussssss!!!!!

Disebabkan situasi agak tidak mengizinkan... I minta Azim tengokkan sarah.... Pred... doc dah bagi makan masa kat clinic tadi... so hanya minta Sarah rest & tido jerrr.... Hantar anak2 kat pagar... make sure pintu semua kunci baru I rush back to the office... another120km/h dalam kawasan bandar yang notisnya ditulis 70km/h...

My friend dah tunggu kat dalam kete dia.... after grab my things on the table I terus jump into his car... off we go to NSTP in bangsar... nasib baik jalan tak berapa sesak... cuma bila nearer to bangsar ada banyak traffic light... In the car, I glanced thru the doc... make sure everything is in oder... nak discuss ngan media people nanti senang...

The discussion with plus and minus things ends an hour later... pas tuh... p tea ngan the Manager... & the agency, by 5pm kitorang balik.... yea...... KL at this hour... just not the right time to place ourselves on the road... banyak kereta... jammed for no reasons.... to make things even worse... my phone was out of battery... so I couldn't contact the kids... to check on Sarah... another aduuussssss!!!! just pray that she will be okay....

Sampai office around 6.45pm, simpan barang.. shut down computer... I then again on the road... driving straight home... My hubby will be late today... ada dinner ngan semua office mate... so tak yah fetch dia kat commuter train....

Sampai rumah dah 7.30pm... ya jalan masih jammed juga di Shah Alam ... pas settle urusan kat rumah.. I took the kids for Dinner... but first must get Sarah to the Clinic... neubalise again... kat clinic doc advised us to come again after half an hour... this time different doc lakkkk... This doc nampak lebih convincing....

Half an hour... masa tuh dah 8.30pm, by 9pm Azim must be at tuisyen class... nak drive skng nanti tak dak parking... ayoooooo!!!!! Akhirnya kitorang makan kat kedai Hakim jek.... satu deret ngan Clinic tu gak.... Habis makan p balik clinic... minta staff nurse tengokkan Sarah jap... Ammar & Syasya temankan... I need to send Azim to his class... tak jauh pun... area tu gakkk... naik kete.. pusing satu round... drop Azim... and get back to the clinic... tak sampai 2 minit pun.... nasib baik depan clinic ada parking....

Masuk je clinic.. I tengok Sarah dah siap... eh!! kejap nyerrr... then Syasya bagi tau... tadi ada leaking... I told the doc... " If I'm not mistaken.. it should last about 10 minutes... but this one was not even 5 minutes" the doc agreed... and asked the staff nurse to prepare another dosage... kali ni I make sure the staff nurse took the one that we used in the afternoon....

Sarah again.... sedut gas.... 10min... dah settle... then discuss lagi ngan doc... " the wheezing sound is still there..." " If she is not comfirtable... you can go to the nearest hospital for neubalise... " the doc advised. I looked at him... we both puzzled " the nearest is Klang Hospital... which is not near doc..." I said " oh yaaa.... its quite far..." he replied " can I just take her to any 24hour clinic... that has this equipment ?" I suggest... " sure... " he response...

Settle kat clinic... I terus p fetch my hubby yang dah tunggu kat Esso... dari sana kitorang terus p Guardian Pharmacy... nak cari chamber untuk inhaler Sarah... arghhhh!! tak jual lakkk.... tengok jam... lagi 5 minit kul 10... kene fetch Azim kat class semula.... then pusing balik ke Pusat Tuisyen Mawar... budak2 dah ramai yang tunggu... Nak dijadikan cerita... Ammar pulak nak minta gunting rambut.... kedai kat bawah pusat tuisyen tu buka lagi.... I terus park depan kedai.... masuk kedai gunting lak.... the three guys terus serah kepala.... I dapatlahhhh lepak tengok Astro ... Tamil Movie lagik.... habis gunting rambut... jam dah dekat 11.00mlm....

Masuk kereta.... kali ni I minta my hubby drive.... I dah letih dah rasanya.... terus balik rumah....

Alhamdulillah.... selesai urusan hari ini....

Wednesday, April 1, 2009

perkara yang sangat teringin dibuat

Minda ini mengejar2 kehendak2 yang sukar dibuat pilihan...

Saat2 ini sangat teringin untuk berniaga nasi dagang kat area my house... tepi tasik seksyen 7... dan lebih sebulan keinginan ini ingin melonjak keluar... tapi sampai ke sudah first step pun "ilek"... Berniaga tepi jalan nih memang syok... dapat jumpa ramai orang.... borak2.... terbayang bertapa freenya fikiran ini.... ayoooo best nyerrrr.....

Basic niaga ??? adeeerrrrr!!!!!!

Masa tingkatan 1 lagi I dah niaga kat pasar malam.... sorang2.... masa tuh duduk kat Padang Merbok.... hari Sabtu malam Ahad ada pasar malam.... rumah kitorang kat atas bukit.... tinggi gak la bukit tuhhh.... setiap kali nak gi niaga I kene carry meja lipat dari rumah ke tapak pasar malam.... Banyak gak rumah2 orang kampung kat situ..... sepanjang perjalanan nak kerumah.... ada laa rumah2 orang lain.... cam banglo gak arrrrr.... walaupun setinggan.... tak kisah.... zaman 70an dan 80an... KL memang banyak setinggan.... ok jerrrr.... sekarang jerrrr... kerajaan nak setinggan sifar.... mungkin atas faktor kebersihan..... tapi yang pasti.... setinggan area umah kitorang dulu... memang cam banglo atas bukit.... syiok gilerrrr....... siap boleh nampak lampu KL lagik... opssss terbabas ceriter..........

Berniaga dulu sebab suka nak berniaga.... untung??? tak kisah sangat.... sbb tuh masa niaga tuhhhh.... I minta makcik Esah I (memang pandai masak), untuk buat ape2 jer yang I boleh buat niaga.... I tolong jualkan.... untung I tak amik langsung..... , masa yang sama I jual keropok kering dari Terengganu... my house memang banyak stock... ,kat situ ada la untung sikit... simpan2 untuk beli buku sekolah... top up mana yang patut....

Masa Form 3, I niaga buah-buahan... sambil2 jaga kedai nenek (kedai suka2 sebab nenek suka orang datang rumah dia... boleh laaa borak2....) masa nihhh... my family dah pindah Shah Alam... I jer yang suka lepak umah nenek.... sebab suka buat apa yang nenek buat.... (minat ada samaaa).... maju gak arrr niaga buah potong nihhh... masa tuhhh..... harga buah baru 20sen sepotong.... sepanjang cuti sekolah tuh... dapatlah simpan beberapa ratus ringgit... banyak gak dicampur ngan upah jaga kedai suka2 nenek tuh..... lepaslah beli baju sekolah and tempah kat orang.... at the same time tak lah susahkan mak ayah sangat....

Perniagaan berjalan on and off .... time cuti sekolah jer baru buat.... masa form 4, I and my friend Hannita niaga kad raya buat sendiri.... masa tuhhh... fancy card nih kene timbang.... lepak kat rumah Nita, sehari suntuk, masa bulan puasa tuhh.... siapkan tempahan kad raya.... time tu mana ada computer.... jadi semua card adalah masterpiece....

Form 5, dah start jual bunga telur kat cikgu sekolah.... nenek buat sendiri... I tolong gak... sambil2 belajar dari nenek... dapatlahhhh ilmu free dari nenek.....

By form 6, I dah mula jual cake.... itupun hanya cikgu2 sekolah yang rajin beli....

Kalu dikira2 kanlahhhh banyak gak aktiviti kemahiran yang dibuat.... meniaga, kraftangan, memasak & melukis..... semua ini tak tergambarlah nilai kenangan nyerrrr.... meriah masa dulu.....

Kembali ke realiti, sekarang ini.... memang tersangatlahhhhh nak berniaga kat tepi jalan.... tapi berapa lama boleh tahan???? emmmmmmm, hee hee heee....