Jika tiba-tiba satu hari majikan anda mengarahkan sebahagian kecil gaji anda dipotong setiap bulan untuk disalurkan kepada orang yang lebih memerlukan.. adakah anda sanggup?
Setiap dari kita sebenarnya, samada sedar atau tidak, menyumbang kepada kemajuan ekonomi Negeri Selangor. Setiap sumbangan kita telah memberi manafaat kepada kita sendiri, antaranya dengan menerima 20 cubic meter air percuma dari Kerajaan Negeri... EQUALLY.. tak kira sumbangan kita besar atau tidak.
Tinggi atau rendah pendapatan kita, tak kira... 20cubic meter untuk semua orang, dalam hal ini terkecuali bagi mereka yang tinggal di pangsapuri atau yang sepertinya dan hal ini mereka perlu memohon dari syarikat Syabas bagi mendapatkan meter yang berkaitan. Jika mereka berjaya mereka juga akan menikmatai 20cubic meter air percuma ini.
Baru-baru ini ada inisiatif oleh pihak yang menguruskan air untuk memberikan air percuma kepada mereka yang 'benar-benar' memerlukan, serta menidakkan penerimaan air percuma (walaupun 20cubic meter) bagi mereka yang berpendapatan tinggi kerana golongan ini di katakan TIDAK LAYAK.
Dalam keadaan anda mungkin akan dikategorikan TIDAK LAYAK badan yang sama kemudiaannya mencadangkan / meminta anda untuk menyumbang pula sebahagian pendapatan bulanan (setiap bulan melalui potongan gaji) anda untuk membayar air orang lain melalui tabung CSR yang mereka tubuhkan.
HELOOOO... dah lah kita dikatakan tak layak terima air percuma, lagi nak bagi cash untuk orang lain dapat air percuma... Kalau yang buat program ni dari non profit organisation atau kerajaan sendiri.. tak der ler masalah, Ini awak yang CEO nyer gaji cecah jutaan setahun, mabuk aper?.
Confuse la ngan program nie...
No comments:
Post a Comment