Tuesday, March 29, 2011

Masing-masing

Setakat pandangan dari pemikiran biasa

Anwar adalah center of attraction pada ketika ini.. yang mana apabila beliau muncul di khalayak ramai, orang akan berpusu2 mendekatkan diri, samada melihat atau bersalam.. ikut kehendak masing2.

Tambahan pula dengan kes liwat yang dikenakan terhadap beliau, bukan sahaja orang ramai, media pun takkan lepaskan peluang bila lihat kelibat Anwar, tentu banyak persoalan yang perlukan jawapan.

Kini dengan kes terbaru melibatkan adengan hangat, sehingga sekumpulan Datuk T harus diberikan pembelaan di bawah akta Perlindungan Saksi, kerana tindakan mereka yang menayangkan video berkenaan kepada sekumpulan wartawan dan mungkin beberapa ahli politik yang lain.

Anwar sehabis-habis mati mengatakan itu bukan beliau, tambahan pula ketika rakaman berlaku beliau mempunyai alibi; selain dari ahli keluarga dan rakan2, twitter dan FB juga menjadi sandaran beliau untuk menegakkan kebenaran. Ada orang percaya, ada orang tidak... masing2 lah....

Cuma, satu yang menjengah di benak fikiran ini... (selain dari lawak2 jenaka dari soal jawab orang2 yang sepatutnya tau apa yang perlu dijawab....) Feb 21. 2011 : 1023pm - 1045pm ? kalau diikutkan hari Isnin dalam waktu orang kat bandar nie tak reti nak tido lagi, and some masih tekun kat office, kira-kiranya malam masih muda lagi lah tu.... Rakan-rakan media masih di sana sini mencari bahan berita...

Dengan Anwar yang masih dalam perbicaraan kes liwat, termasuklah tuduhan-tuduhan sejak 13 tahun dulu, dan dalam keadaan politik yang sedang diperjuangkan, ahli keluarga yang besar, di label sebagai musuh no 1 yang mana rulling party sehabis boleh mahu mematikan karier politik beliau - boleh ajer masuk dengan selamba ke lokasi spt yang ditayangkan dalam video Datuk T tu, pada waktu mata orang ramai sedang segar bugar, sekali gus sangat mudah beliau di kenalpasti oleh orang sekeliling, lagi pulak nak berani buat aksi berani mati tu? uish.. uish.. uish....

What I'm writting not to say I totally believe the person is not him... ( sbb tgk pun x lagik.. ha ha) and mengambil kira apa yang pak menteri gi tau hari tu "you have no rights to say the video is not true" TAPI... memikirkan tahap keberanian Anwar untuk bertindak seperti dalam video berkenaan ketika beliau di tahap kritikal dari segi moral dan politik...... serta kebolehan beliau menyelinap masuk dan keluar tanpa disedari... Itu sebenarnya yang mencabar pemikiran ini

LAGILA PULAK...
Salah seorang Datuk 1/3 dari Datuk T tu kata... dia tlg Anwar p amik jam tangan, Sekali imbas tgk muka 1/3 Datuk tu ada gak muka cam Anwar...

Datuk T yang 2/3 tu lak diam jer...

Datuk T yang 3/3 tu pulak... hmmmm tak tau nak kata apa... bila tau he is one of the Datuks... langsung hilang value cerita... begitulah terkesannya background Datuk 3/3, to this video

Tau jer ekk diorang kat mana ada spa buat service sex nie...

APAPUN
Sesiapa pun yang terlibat dalam hal-hal gembar gembur mahupun pelakon .. should be out of pentas politik tanah air.... credibility pemimpin automatic dah hilang... nak percaya pun, buat kita angat kening seraya berkata " boleh percaya ker nie?"

NOTE
Orang Jepun bila ditimpa musibah.. berusaha naikkan semangat rakyat atas dasar tanggungjawab bersama, media cenderung tulis yang positif jer.. supaya orang ramai terus bersatu hati bangkit semula untuk bina negara tercinta

Kita, naikkan semangat rakyat dengan pembangunan dan bantuan (read bantuan ya.. bukan tanggungjawab... sbb selalu ungkit suruh ingat.. ), diselang seli dengan usaha menempatkan keburukan opposition (which brings to : sebahagian rakyat malaysia ni mmg haprak.. sbb tu cerita buruk diorang ada tempat kat paper) untuk membangunkan negara tercinta...

No comments: