Para 5, page 4... malay paper... "Kesemua nyamuk ini bagaimanapun telah dibunuh, ia akan disusuli dengan pemantauan selama dua bulan" katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini...
_____________________
Institut Penyelidikan (IMR) telah melepaskan masing-masing 6,000 ekor nyamuk aedes jantan liar ke satu kawasan hutan berhampiran Bentong, Pahang pada 21 Disember lalu.
Pengarah IMR, Dr. Shahnaz Murad berkata, Kumpulan nyamuk tersebut bagaimanapun telah dibunuh melalui pengasapan pada 6 Januari lalu selepas eksperimen mengenai hayat dan penyebaran populasi nyamuk selesai dilakukan.
_____________________
Memang respect atas usaha yang dijalankan utk mengatasi masalah nyamuk aedes yang tak sudah-sudah melanda, especially kat Selangor... lagi2 kat seksyen 7.... Sampai terpaksa masuk rumah buat semburan... yang kemudiannya meninggalkan lantai dan segalanya dengan minyak... then bila nak tido... pening bau asap... kang silap haribulan nyamuk immune kita lak yang pengsan....
Maka bila ada usaha nak musnahkan nyamuk aedes ini dengan create jenis GE and jantan liar, mmg satu usaha murni untuk menyelamatkan masyarakat.... syabas...
Bila musim hujan yang berterusan disusuli pulak ngan panas lepas tue.. maka nyamuk aedes pun senang lah membiak... Kalau kat pameran yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan.. diterangkan dengan jelas kitaran hidup nyamuk ni... dan setiap kitaran tu ada cara yang berbeza untuk menghapuskan nyamuk ni....
Pengasapan akan dibuat berkali2... bagi nyamuk besar yang dok melilau kat rumah-rumah cari mangsa... dalam tu pun ada jugak yang demam denggi... Dengan kata lain... belum tentu semua nyamuk mati.... bila kene asap tue....
Tapi kan.... berbalik kepada nyamuk GE dan jantan liar....
Kalau dikira dai 21 Dis hingga 6 Jan, maknanya after 16 days... dan hari yang ke 17 baru nyamuk tu di bunuh....Macam mana boleh confirm nyamuk yang 6,000 x 2 jenis = 12,000 nyamuk yang dilepaskan kat hutan di Bentong tu dah mati semua ya?... Nyamuk tu tak boleh terbang ker ? atau asap tu jenis special ? Habis semua 12,000 kene bunuh... saper lah yang diberi kerja kira nyamuk mati tu.... hu hu..... Betul Gila betik nyer bidang tugas.....
2 comments:
Puan Daing,
Untuk pengetahuan puan, sejenis cip mikro telah di tanam dalam sesungut nyamuk-nyamuk tersebut. Jadi untuk membunuhnya sangat mudah.
Dengan satu tekanan butang, sesungut nyamuk-nyamuk tersebut akan tercabut menyebabkan nyamuk-nyamuk tersebut akan mengalami masalah kemurungan melampau dan seterusnya mati kurang dari 3.5 minit. "Remote control" untuk tujuan itu di bawah jagaan Ketua Timbalan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Nyamuk Aedes, Kementerian Kesihatan.
Harap puan jelas dengan makluman ini.
Zool,
wakil Jabatan Nyamuk Aedes
ha ha... mahal giler nyamuk tue... teknologi sungguh...
Post a Comment