Friday, January 28, 2011

Gila betik!!!!

Para 5, page 4... malay paper... "Kesemua nyamuk ini bagaimanapun telah dibunuh, ia akan disusuli dengan pemantauan selama dua bulan" katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini...

_____________________

Institut Penyelidikan (IMR) telah melepaskan masing-masing 6,000 ekor nyamuk aedes jantan liar ke satu kawasan hutan berhampiran Bentong, Pahang pada 21 Disember lalu.

Pengarah IMR, Dr. Shahnaz Murad berkata, Kumpulan nyamuk tersebut bagaimanapun telah dibunuh melalui pengasapan pada 6 Januari lalu selepas eksperimen mengenai hayat dan penyebaran populasi nyamuk selesai dilakukan.
_____________________

Memang respect atas usaha yang dijalankan utk mengatasi masalah nyamuk aedes yang tak sudah-sudah melanda, especially kat Selangor... lagi2 kat seksyen 7.... Sampai terpaksa masuk rumah buat semburan... yang kemudiannya meninggalkan lantai dan segalanya dengan minyak... then bila nak tido... pening bau asap... kang silap haribulan nyamuk immune kita lak yang pengsan....

Maka bila ada usaha nak musnahkan nyamuk aedes ini dengan create jenis GE and jantan liar, mmg satu usaha murni untuk menyelamatkan masyarakat.... syabas...

Bila musim hujan yang berterusan disusuli pulak ngan panas lepas tue.. maka nyamuk aedes pun senang lah membiak... Kalau kat pameran yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan.. diterangkan dengan jelas kitaran hidup nyamuk ni... dan setiap kitaran tu ada cara yang berbeza untuk menghapuskan nyamuk ni....

Pengasapan akan dibuat berkali2... bagi nyamuk besar yang dok melilau kat rumah-rumah cari mangsa... dalam tu pun ada jugak yang demam denggi... Dengan kata lain... belum tentu semua nyamuk mati.... bila kene asap tue....

Tapi kan.... berbalik kepada nyamuk GE dan jantan liar....
Kalau dikira dai 21 Dis hingga 6 Jan, maknanya after 16 days... dan hari yang ke 17 baru nyamuk tu di bunuh....Macam mana boleh confirm nyamuk yang 6,000 x 2 jenis = 12,000 nyamuk yang dilepaskan kat hutan di Bentong tu dah mati semua ya?... Nyamuk tu tak boleh terbang ker ? atau asap tu jenis special ? Habis semua 12,000 kene bunuh... saper lah yang diberi kerja kira nyamuk mati tu.... hu hu..... Betul Gila betik nyer bidang tugas.....

Thursday, January 27, 2011

Looking foward for Monday

Looking foward for Monday for the next 12 weeks... Why? jawab soalan ni dulu.....

Soalan Penting : Siapa pelakon kanak-kanak yang bawa watak Saifullah dalam drama Gemilang arahan Kabir Bahtia?

Sampai arini teringat kat lakonan budak tue... sgt memberi kesan kepada jiwa raga ini... hu hu...
Tahniah pada Kabir Bahtia yang membuatkan aku serta anak2 mengadap drama melayu dan tak berganjak dari TV.. dan saper2 pun tak dibenarkan bersuara sepanjang drama berlangsung....

Ya.. bukan hanya air mata aku ni tak reti nak stop.. idung pun sama berair... nak cover dari anak2 pun tak leh... sayu sehhhh!!!! anak2 pun terkedu tengok kehidupan orang2 dulu.. macam mana anak2 turut membantu ibu bapa bekerja dan pada masa yang sama cenderung dalam pelajaran...

Anak2 terkejut tengok bagaimana orang dulu2 terpaksa bagi kat orang anak2 mereka bila dah tak mampu nak jaga... melekat giler mata anak2 aku kat tv...

Dua-dua adik Lah pun best gak.. sempoi giler... belakon... tak nampak cam drama skema...

Skng nie aku dah tak sabar nak tunggu hari Isnin... sedangkan sblm nie.. Isnin bukanlah hari yang paling cemerlang.. sbb hari pertama kerja lepas rest dua hari... Tahniah TV3 sbb letak drama ni kat hari cam nie...

GEMILANG best... aku bagi 1000 bintang utk episod pertama...