Sabtu 28 March, adalah hari permuafakatan Parents & Teachers for students dlm std 5.
Perbincangan dimulakan dengan ucapan dan seterusnya pembentangan keputusan peperiksaan bulan March baru-baru ini. Tujuan majlis amat baik, sekurang2nya as a parents kita dapat memberikan pandangan dan sokongan terhadap usaha sekolah untuk membijakkan anak2 kita sendiri....
Kehadiran ibu bapa memanglah tidak menggambarkan jumlah sebenar 302 orang pelajar darjah lima tuhhh..... masing2 tentu punya sebab dan alasan tersendiri.... yang hadir banyak memberikan cadangan untuk kebaikan anak2... Tahniah kepada semua ibu bapa yang terlibat.... tahniah juga kepada pihak sekolah yang ada inisiatif untuk mengadakan program seumpama ini...
Masalah anak2 banyak dilihat pada kertas peperikasaan Maths and Science....
Tentunya perkara ini merisau kan guru2 dan ibu bapa sendiri.... dengan inisiatif awal dari pihak sekolah tentunya ia dapat membantu anak2 untuk menghadapi UPSR tahun hadapan...
Pernah saya melihat kertas peperikasaan Azim untuk murid tahun 6, soalan peperiksaan ada dua, bahasa Inggeris dan BM. Azim memilih BI, macam mana saya tau??? sebabnya soalan dalam BM Azim padam guna pencil... mungkin terlalu banyak perkataan boleh mengganggu konsentrasi... mungkin....
Berbalik kepada urusan Permuafakatan.... Ibu bapa diberi peluang untuk mencadangkan atau menambah baik perancangan pihak sekolah... saya sangat puji sikap keterbukaan sekolah ini... majoriti dari ibu bapa banyak membincangkan tentang usaha menaikkan graf bagi subjek yang lemah ke peringkat yang lebih tinggi... sangat positif...
Kenyataan sekolah menyebut pelajar2 dari kelas A, B, C, dan D memang dalam kelas yang di beri perhatian khusus untuk mencapai A bagi semua subjek... tetapi kelas E, F, G & H masih lemah terutamanya kelas H, kerana masih ada yang masih tidak boleh membaca dan mengira dengan baik.... atas usaha guru2 dan sekolah dari 14 orang pelajar yang dikenalpasti, sekarang hanya tinggal 8 orang sahaja yang harus diberi perhatian.... pun begitu pelajar2 berkenaan ada yang mendapat markah yang baik bagi subjek2 yang tertentu....
Mengikut kata guru... ramai murid yang masih tidak tahu menggunakan waktu rehat.... ramai yang masih berlari2 dalam kawasan sekolah..... kerana itu pembelajaran dalam kelas terganggu.... masa belajar baru mahu ke tandas... jadi murid terlepas sebahagian waktu belajar.... Bagi mengekang masalah ini... ada ibu bapa yang cadangkan diadakan ruang atau sudut yang lebih santai... bagi pelajar duduk membaca buku2... bagus sungguh cadangan ini....
Setelah membuat penilaian dan kesimpulan sendiri berdasarkan perbincangan masa depan anak2, saya mendapati kita masih berbincang tentang pendidikan sehala.... very academic... mengapa anak2 tidak diberi ruang untuk menterjemahkan kebolehan dan kemahiran masing2 dan dipertandingkan serta dipamerkan...... sekurang2 nya anak2 yang betul2 slow dalam belajar boleh berbangga dengan kemahiran yang mereka ada..... at least mereka juga bangga kerana dapat menyumbangkan sesuatu kepada sekolah... Kadangkala melalui saluran ini... anak2 akan mula mengorak langkah untuk mencapai keputusan academik yang baik...
Inilah perkara yang saya utarakan semasa perbincangan tersebut.... Tipulah saya jika saya tidak kisah kalau anak saya tidak dapat A dalam peperiksaan mereka.... Saya juga mengimpikan keputusan peperiksaan anak2 yang cemerlang.... but at the same time saya juga mahu anak2 saya berkemahiran... expose themselves... dengan aktiviti luar sekolah.... make more friends.... be real kids... berlarilah sepuas-puasnya... melompatlah semahu2nya.... kerana perkara ini menjadikan anak2 lebih cerdas dan sihat....
Selepas perbincangan ada juga ibu bapa yang berbual dengan saya tentang apa yang saya nyatakan.... Ya saya sangat positif tentang hal ini.... Saya tidak mahu anak2 bila besar menjadi ahli falsafah sahaja.... atau seperti Aman Shah yang berjawatan besar di sebuah bank, mencuri 1sen dari setiap akaun simpanan di bank tempatnya bekerja.... saya mahu anak saya dan anak masyarakat saya jadi survivor... boleh hidup walaupun dalam kesempitan... kerana mereka ada kemahiran untuk dijadikan tempat bersandar.....
Saya masih akan mengikuti Majlis seumpama ini pada masa hadapan.... sepertimana saya menghadiri Majlis untuk murid tahun 6 pada bulan Januari yang lalu....
Pada pengamatan saya.... usaha positif sekolah amat berbaloi, kerana kami ibu bapa dapat terlibat secara langsung dalam membentuk masyarakat masa hadapan.
No comments:
Post a Comment