Saturday, December 6, 2008

Hari ini... Taekwando anak2 telah dikenselkan oleh new cikgu besar.... according to him... December tak perlu ada kelas... coz itu masa cuti.... disbbkan sepanjang Saturday cuti sekolah ni anak2 memang ke kelas tanpa sebarang masalah maka... kekenselan yang tetiba ini tidaklah dapat diterima akal... sementalahan pula tinggal tiga minggu aje lagi sebelum tahun baru bermula.... tak pasal2 semua student yang hadir terpaksa membuang masa 1 jam menunggu parents datang ambil... sian budak2.... awal2 umur... golongan pendidik sebegini dah mengajar mereka membuang masa.... Yang menggeramkan suasana ialah tiada notis diberikan.... nasib baik Sir mereka sudi temankan.... kalu tidak anak2 tentu dah merapu2 tah mana2.... hah kalu ada budak hilang cam ne? sape nak jawab tu....????? Frankly I tersangat tidak setuju dengan tindakan sebegini... tak prihatin langsung....

Petang pula agak terboring seketika... so bawa anak2 main game kat CC... sempat gak layan blog.... Sarah ada sama.... dapatla tengok gambar2 Aisyah di Melbourne Australia.... dan cerita2 menarik dari sana.... dikesempatan ini Sarah minta diberi peluang untuk berkata2 sesuatu kepada Aisyah....

__________________________
Luahan Sarah

Hai Aisyah ........
Awak apa khabar?
Saya sihat. awak sihat ke di sana?
Saya selalu mimpikan Aisyah.
Betul ke Umi akan hantar Aisyah ke sekolah Sarah darjah 5 nanti?
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk Aisyah, Umi dan Abah kita jumpa lagi ya.....

Sarah kirim salam dekat semua. Bye Aisyah.

________________________________________

Setengah jam menunggu Sarah meluahkan apa yang hendak dikata... satu2 huruf keyboard ni ditekan.... sabar sungguh dia memilih huruf2.... dengan bantuan awal sahaja Sarah terus menyampaikan apa yang hendak dikata.... yang pasti Sarah tahu bila hendak menggunakan huruf besar dan huruf kecil.... Kadang kadang tu bila kita nak tolong.... ditepisnya tangan kita.... ( oh eksyen yaaaa...) ...

Hari ini tentunya menjadi hari gembira Sarah....

Lapang hati den.....

To my Muslim friends
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA....

Tiada erti hidup ini tanpa pengorbanan.....

-Adios-

No comments: