Baru balik dari "shopping" kat Bazaar Tengahari belakang bangunan Lim Foo Yong dan belakang bangunan yang sederet dengannya...
Beli rojak ayam sebungkus, dua jagung and ada sikit tidbits untuk member kat office. Habis RM15. Itu baru makan tengahari, belum lagi tambang bas, monorel and tah apa-apa yang bakal dibeli masa tunggu bas kat Brickfields nanti.
Minggu lepas jer "shopping" tempat yang sama habis RM85. Kira kasar belanja kat Bazaar tue untuk dua hari Jumaat jer dah RM100. Kecik nyer nilai seratus sekarang nie.
Untuk orang yang saya kategorikan diri ini sebagai sangat sederhana berbelanja, berbanding dengan rakan-rakan sepejabat yang dah macam nak borong barang kat Bazaar tue, kira oklah RM100 seminggu sekali memanjakan@ merosakkan diri dengan beli belah.
Tapi bagi orang-orang yang lebih okay dari saya makan tengahari mereka mungkin bernilai RM50 sehari. Sehari jer tau.. bukan seminggu sekali. Itu sebab diorang makan kat TGI bila hari Jumaat, hari-hari lain mungkin makan kat Swensen ker, Italiano Restaurante ke, sushi ker... atau kat coffee house. Okaylah bagi yang bergaji enam angka.. RM50 tue cam lima ringgit jer. Sebulan budget duit makan RM2,000 - 3,000 no hal nyer.
Bagi orang-orang yang makan tengahari nyer dibiaya @ boleh claim dari office @ dah memang ada budget diorang makan tengahari @ tiap-tiap hari orang belanja, maka gaji yang ber ENAM angka dah selamat dari peruntukan makan tengahari. Tiap-tiap bulan simpan atau tambah saham, maka akan menggunung-gununglah duit diorang. Sekurang-kurangnya setiap beberapa jam sehari, mata akan terlekat kat PC tengok saham.. kot-kot duit yang disimpan buleh beranak.
Ramai di antara kita dibayar lebih dari RM100 sehari. Itu pasti bagi yang berjawatan pegawai. Ramai juga yang dapat lebih dari RM100 sehari bila simpan duit banyak-banyak dalam FD kat bank. Maka apa sangatlah RM100 pada kita.
Bagi orang-orang yang dapat peruntukkan especially pak menteri , mak menteri, abang menteri kak menteri RM100 cam sepuluh ringgit jer.. Jadi kalau dapat RM100 setahun, memang ucapan takziahlah yang patut diberi. Ucapan takziah tu saya setuju jika kita ukur dari keadaan kita semua seperti yang yang tulis awal-awal tadi.
Tapi bagi orang-orang yang bukan pencen kerajaan cam mak, ayah saya, pak mertua saya, nenek saya, pakcik-pakcik and makcik-makcik saya dan seangkatan dengannya, RM 100 tu amat bernilai. Biarlah bagi setahun sekali pun. Tak per. Sekurang-kurangnya tak derlah diorang pakai spender yang dah rupa cam roti kirai tue, yang perempuan pula bolehlah ganti bra-bra yang dah hilang elastik nyer... yang menjadikan rupa bentuk mukabumi badan wanita berumur tak seindah dulu.
Untuk kita-kita yang agak loaded nie, kalau kat Mark & Spencer memang tak cukup budget RM100 tue. Tapi bagi yang dah pencen @ warga tua, boleh lagilah beli kat Avon, adalah nama jugak.
Teruknya saya nie... keluarga rapat sendiri dibiarkan pakai bra lusuh dan spender roti kirai. Itu saya beri perumpamaan jer.. Mak ayah saya masih boleh uruskan diri dan buang apa yang dah tak boleh pakai.
Saya lebih memikirkan orang-orang kampung yang kerja bendang, ladang atau kebun yang memerlukan tenaga empat kerat. Sampai masa dah tak larat nak buat duduk rumah jer... mana nak dapat duit beli bra dengan spender? Sebab tu kita masih boleh nampak Roti Kirai masih dijemur di ampaian, sebagai gantian nanti.
Anak-anak tak beri duit? Tak mungkin.......... ramai anak-anak yang berpelajaran dan hidup di bandar sekarang hulur duit kat mak bapak. Itu yang berpelajaran yang pakai akal, kalau yang berpelajaran tapi tak pakai akal.. habis harta mak bapak kat kampung dia rompak, tanah pusaka buat harta sendiri... ada juga spesis cam nie...
Bila anak-anak beri wang bulanan, biasanya duit tu lah yang dibuat bayar air, letrik, makan hari-hari, sedekah kat orang kenduri dan simpan-simpan sikit. Takut-takut nanti ada masalah sakit ker, dapatlah buat belanja doktor kat klinik. Takkan nak mintak kat anak-anak lagi... kalau anak-anak yang banyak songeh, tanya pulak kat mak bapak... " duit bagi hari tue buat aper?" tak ker terketar-ketar orang tua kat kampung nak menjawab. Bukan sebab takut.. tapi lebih pada sedih... hah ! masa tu takkan nak kata " mak buat beli bra n spender dan ganti Roti Kirai bapak kamu"... those two things are very personal things... Tapi kalau jawab bayar doctor ker, api air... tak lah kisah sangat.
Balik semula pada RM100 tadi. Sekurang-kurangnya duit tu dapatlah beli bra dan spender sendiri, bukan duit orang lain, duit sendiri.
Untuk orang-orang kampung sebegini.. ucapan takziah adalah satu penghinaan..... baru nak merasa beli bra dan spender sendiri, buat ganti Roti Kirai yang ada, dapat ucapan takziah pulak...
Mana akalnyer ?
No comments:
Post a Comment