Saturday, April 10, 2010

This is Sunday

Sedang menikmati roti hailam kat Mr Kaya Kopitiam.

Jadual makan hari ni memang banyak lari. Seawal pagi the 6 of us dah bergerak ke Stadium Badminton Cheras. Syasya ada tournament taekwando. Must be there before 8am.

Tunggu.. punya.. tunggu.. punya tunggu.. by 12.30pm baru turn syasya. Ring B game 44. Lama tue... Game tak sampai dua minit... syasya di isytiharkan kalah... so baliklah...

Sampai rumah semua knock out... penat sangat rasanya... lepas penat menunggu... penat kerana panas tengahari juga... energy dah ciput..

only at 5.30pm baru ada energy nak bangun... siapkan mee hoon goreng untuk anak-anak, lunch dah terbabas... so kira lunch n minum petang sekalilah...

By 9pm, my hubby tanya..." nak pergi mana-mana ker ? " Malas pulak rasanya nak keluar... anak-anak tengah rally CD. ...

Again by 11pm my hubby ajak pula... "jom p supper kat mana-mana.."... Aduh! supper lah pulak... akhirnya I said "oklah.".. anak2 pun dah blur-blur dalam rumah...

Ni tengah lepak kat Kaya lah nie... anak-anak and my hubby tengah makan... wa buat entry blog.. he he (kawal diri nieh!!)

** terjumpa seseorang di stadium tadi... Mat Taib.. bekas MB selangor... duduk kat seat orang ramai.. watching the game... still a good looking guy.. humble as before... so apa lagi... suruh... (suruh yaaaa) my hubby p salam dia.. takkan gue nak salam pulak... senyum buleh lah... ha ha..

Friday, April 9, 2010

apa ada pada RM100

Baru balik dari "shopping" kat Bazaar Tengahari belakang bangunan Lim Foo Yong dan belakang bangunan yang sederet dengannya...

Beli rojak ayam sebungkus, dua jagung and ada sikit tidbits untuk member kat office. Habis RM15. Itu baru makan tengahari, belum lagi tambang bas, monorel and tah apa-apa yang bakal dibeli masa tunggu bas kat Brickfields nanti.

Minggu lepas jer "shopping" tempat yang sama habis RM85. Kira kasar belanja kat Bazaar tue untuk dua hari Jumaat jer dah RM100. Kecik nyer nilai seratus sekarang nie.

Untuk orang yang saya kategorikan diri ini sebagai sangat sederhana berbelanja, berbanding dengan rakan-rakan sepejabat yang dah macam nak borong barang kat Bazaar tue, kira oklah RM100 seminggu sekali memanjakan@ merosakkan diri dengan beli belah.

Tapi bagi orang-orang yang lebih okay dari saya makan tengahari mereka mungkin bernilai RM50 sehari. Sehari jer tau.. bukan seminggu sekali. Itu sebab diorang makan kat TGI bila hari Jumaat, hari-hari lain mungkin makan kat Swensen ker, Italiano Restaurante ke, sushi ker... atau kat coffee house. Okaylah bagi yang bergaji enam angka.. RM50 tue cam lima ringgit jer. Sebulan budget duit makan RM2,000 - 3,000 no hal nyer.

Bagi orang-orang yang makan tengahari nyer dibiaya @ boleh claim dari office @ dah memang ada budget diorang makan tengahari @ tiap-tiap hari orang belanja, maka gaji yang ber ENAM angka dah selamat dari peruntukan makan tengahari. Tiap-tiap bulan simpan atau tambah saham, maka akan menggunung-gununglah duit diorang. Sekurang-kurangnya setiap beberapa jam sehari, mata akan terlekat kat PC tengok saham.. kot-kot duit yang disimpan buleh beranak.

Ramai di antara kita dibayar lebih dari RM100 sehari. Itu pasti bagi yang berjawatan pegawai. Ramai juga yang dapat lebih dari RM100 sehari bila simpan duit banyak-banyak dalam FD kat bank. Maka apa sangatlah RM100 pada kita.

Bagi orang-orang yang dapat peruntukkan especially pak menteri , mak menteri, abang menteri kak menteri RM100 cam sepuluh ringgit jer.. Jadi kalau dapat RM100 setahun, memang ucapan takziahlah yang patut diberi. Ucapan takziah tu saya setuju jika kita ukur dari keadaan kita semua seperti yang yang tulis awal-awal tadi.

Tapi bagi orang-orang yang bukan pencen kerajaan cam mak, ayah saya, pak mertua saya, nenek saya, pakcik-pakcik and makcik-makcik saya dan seangkatan dengannya, RM 100 tu amat bernilai. Biarlah bagi setahun sekali pun. Tak per. Sekurang-kurangnya tak derlah diorang pakai spender yang dah rupa cam roti kirai tue, yang perempuan pula bolehlah ganti bra-bra yang dah hilang elastik nyer... yang menjadikan rupa bentuk mukabumi badan wanita berumur tak seindah dulu.

Untuk kita-kita yang agak loaded nie, kalau kat Mark & Spencer memang tak cukup budget RM100 tue. Tapi bagi yang dah pencen @ warga tua, boleh lagilah beli kat Avon, adalah nama jugak.

Teruknya saya nie... keluarga rapat sendiri dibiarkan pakai bra lusuh dan spender roti kirai. Itu saya beri perumpamaan jer.. Mak ayah saya masih boleh uruskan diri dan buang apa yang dah tak boleh pakai.

Saya lebih memikirkan orang-orang kampung yang kerja bendang, ladang atau kebun yang memerlukan tenaga empat kerat. Sampai masa dah tak larat nak buat duduk rumah jer... mana nak dapat duit beli bra dengan spender? Sebab tu kita masih boleh nampak Roti Kirai masih dijemur di ampaian, sebagai gantian nanti.

Anak-anak tak beri duit? Tak mungkin.......... ramai anak-anak yang berpelajaran dan hidup di bandar sekarang hulur duit kat mak bapak. Itu yang berpelajaran yang pakai akal, kalau yang berpelajaran tapi tak pakai akal.. habis harta mak bapak kat kampung dia rompak, tanah pusaka buat harta sendiri... ada juga spesis cam nie...

Bila anak-anak beri wang bulanan, biasanya duit tu lah yang dibuat bayar air, letrik, makan hari-hari, sedekah kat orang kenduri dan simpan-simpan sikit. Takut-takut nanti ada masalah sakit ker, dapatlah buat belanja doktor kat klinik. Takkan nak mintak kat anak-anak lagi... kalau anak-anak yang banyak songeh, tanya pulak kat mak bapak... " duit bagi hari tue buat aper?" tak ker terketar-ketar orang tua kat kampung nak menjawab. Bukan sebab takut.. tapi lebih pada sedih... hah ! masa tu takkan nak kata " mak buat beli bra n spender dan ganti Roti Kirai bapak kamu"... those two things are very personal things... Tapi kalau jawab bayar doctor ker, api air... tak lah kisah sangat.

Balik semula pada RM100 tadi. Sekurang-kurangnya duit tu dapatlah beli bra dan spender sendiri, bukan duit orang lain, duit sendiri.

Untuk orang-orang kampung sebegini.. ucapan takziah adalah satu penghinaan..... baru nak merasa beli bra dan spender sendiri, buat ganti Roti Kirai yang ada, dapat ucapan takziah pulak...

Mana akalnyer ?

Saturday, April 3, 2010

Sehabis Boleh

Jenuh kaki berdiri sepanjang perjalanan dari KL ke Shah Alam... dengan kesesakan umat dlm train komuter.. semua berebut dan berhimpit2 bagi memastikan tubuh badan berada dalam gerabak..

Berdiri pun berdirilah... yang penting balik cepat...

By half an hour dah sampai Shah Alam, (cepatnyer), selalunyer 45 min atau 1 jam... tak kisahlah.. yg penting selamat sampai..

I then took another public transport, rapid KL.. since dah purchase monthly pass.. jadi sepuluh kali naik sehari pun x yah bayar.. amik rapid KL dr station Shah Alam ke Section 2 Shah Alam. From there another bus to Section 7. Perjalanan yang sepatutnya less than 10 minutes dari Station SA to my house dah jadi 1 hour and 15 minutes... habis 1 Shah Alam gue ini round. ha ha..

Masa naik bas Seranas dari sec. 2 ke sec 7.. again.. we really have to squeeze our size (mcm buleh..) to ensure orang lain buleh masuk sama... Driver bus pun mula menoleh ke belakang .." masuk2.. dalam lagi.. muat lagi tue.. ramai lagi kat luar nie.." bersungguh2 driver tu bagi arahan.. Berapa tapak jer pun buleh gerak.. but at least.. it does anyway.. giving some space for others..

"naik2.. perempuan jangan diri kat tangga.. lelaki tak per.. perempuan tak der insuran.. lelaki pun tak der.. tapi ok kalau jaga pintu..." mcm tulah driver bas kata.. some started giggling.. I sendiri pun pikir.. lawak seh driver ni...

"Bismillah hirahman nirahim.... " driver bas tue angkat tangan sambil meneruskan dengan bacaan doa menaiki kenderaan... kuat pulak tue dia baca... bagus juga.. kitorang tinggal amin kan ajer.. It makes me laugh inside.. sbb tak pernah jumpa orang se selamba nie...

Habis baca doa driver bas tu terus bergerak... dengan kepadatan berupa sardin cap seranas.. bas agak menggigil juga naik bukit tepi Uitm.. bila turun bukit.. driver bas betul2 control speed... Sungguh cermat pemandu ni... admire jugalah ngan attitude dia...

TING!.. someone tekan loceng.. maknanya ada orang nak turunlah tue...

Bas pun slowly.. menuju ke bustand.. " turun... turun dulu... pinjam kejap jalan .. ada orang nak turun... turun dulu yaaa.... kejap lagi naik balik..." driver bas tue cakap dengan nada yang sangat sopan... lembut dan teratur.. kat mereka2 yang berdiri di tangga " kalau nak turun terus pun tak per... kalau nak turun semua pun bagus juga... ringan sikit bas..."... haa haa haa... driver bas buat lawak lagi...

I just can't resist smiling.. but somehow.. ada sesuatu that holds back the driver.. something just not correct with his accent.. he was like controlling something... but just couldn't teka apa..

Bas bergerak lagi.. ...tetiba masa bas berhenti kat traffic light tepi tasik sec 7, driver bus terima call..."hallloo" driver bas menjawab... manis nyer suara... kalau tak tau siapa pemilik suara.. tentu dah jatuh hati..... Well as for us.. kita taulah orangnya agak berumur juga... Driver bas menjawab lagi " aku di sini... section 7.. sabar tunggu dulu.. nnt aku sampai... di tunggu innn".. itulah kata2 driver tadi... (baca semula warna merah ... dlm accent jawa.. campur indon..)

Rasa macam nak pecah perut tahan ketawa.. patutlah sikit nyer control suara... Indon rupanya... habis semorang yang nak turun tadi.. siap cakap " turun depan ya bang..."... kalau bunyi indon awal2.. dah tentu diorang panggil "wak"...

Anyway... tak kisahlah apa background sekalipun.. that driver .. telah hantar gue ini.. selamat sampai ke section 7. Thanks...

for no reasons.. tetiba rasa nak naik public transport for the whole day... best gak.. cuma masa jer yg jadi masalah..

Tuesday, March 23, 2010

Hoii!!!

Sungguh kurang sopan... bila kita bercakap .. orang yang kita nak suruh dengar tu.. pun bercakap juga... akhirnya ...Hoiii !!! adalah perkataan "menyedarkan" yang paling sesuai digunakan ...

Perkataan yang sama di gunakan oleh Ibrahim Ali.. masa persidangan dewan semalam... Haaa haaa.. lawak bila fikir.. orang dewasa... yang mewakili orang ramai.. kene tempelak cam tue...
Teringat cerita seorang motivator masa menghadiri.. kursus "training for trainer" satu masa dulu.... cerita dia cam nie...

seorang aci mengadu pada jirannya .. anak dia selalu tak dengar cakap... bila dia marah .. anak dia lawan balik... menjawab lah kiranya... so jiran nie cubalah nak bagi nasihat kat aci tue.. tapi aci tu masih terus nak bercakap... sudahnya dua2 bercakap.... Akhirnya jiran tue terus cakap kat aci tue... "aci ini macam kalu... u cakap anak tak mau dengar... u anak cakap u tak mau dengar.. kalu dua2 cakap sapa mau dengar?"

Moral cerita ini sebenarnya.. ditujukan pada kitorang yg attend kursus tue... dengan bahasa yang lembut trainer tu bantai kitorang... yang sibuk berborak masa trainer tu tgh bercakap... Ini adalah salah satu contoh cara nak suruh orang diam and beri perhatian. Tapi dalam konteks trainer tu boleh lah... tapi kalu dalam konteks Ibrahim Ali... "HOII!!" adalah yang tepat... he he

Another Day..

Nodding to no agreement.. no words uttered.. the nodding keep continues... Watching these group tickles me a bit.. they must be sleepy..

The day starts early for me.. by 6.30am I'll be in one of ther cars... rushing to get seats... it has to be that way.. or else, stand throughout the journey. The first stop.. have to rush for another unit.. the distance that used to be less than 5 minutes walking, added another 10minutes to it. A detour. Suprisingly, I'm not the only one on the street.. hundreds of them walking to their direction.. seriously at this hour 7.15am would never ever have this view in Shah Alam.

Feeling excited, or should I say.. a "cultural shock" for a KL born... who would never be in KL without specific reason, for the past 13 years...

Being in the second unit for another 15 minutes before reaching my next destination is another great feeling. Well this is not the first time being in this second unit.. several times.. when I took Syasya for casting and meeting friends for a concert in Istana Budaya and..... more than one can be considered several times...can I?. ha ha! The second unit is not as "sardined" as the first one, maybe because it collected the passenger every few minutes..

I overshoot my second destination. Waiting for the beautiful voice alarming for Wisma Genting but it never came.. untill I asked one of the kakak sitting next to me.. " where is Wisma Genting" the answers is " ohh! its Raja Chulan.. you've just missed the stop" owhh! owhh!.. meaning to say.... I have to accompany some of them to the last stop.. Well shouldn't say " sesat" because I'm still on the right track...

Walking to my final destination from the second stop, gives another great ambiance.. numbers of temporary stalls.. on both sides of the road.. he he..

By 7.45am, I reach my new office.. another great day awaits me..

Wednesday, February 3, 2010

Perbicaraan Pertuduhan Kes Salah Laku Seks... DSAI ...

Apa kaitan aku dgn kes ini.... sebenarnya mmg tiada kaitan langsung...

Cuma kes ini akan memberi kesan langsung kepada perkembangan pemikiran anak2 ku... termasuk lah diri ini.. yg terpaksa bertungkus lumus.. memikirkan ayat2 yang sesuai digunakan bagi menjawab persoalan2 yang lahir dari anak2 yang sedang meningkat usia...

My two boys.. memang akan membaca akhbar setiap hari... sejak dari dulu.. if ada benda2 yang pelik atau kurang kefahaman maka soalan2 seperti "kenapa ma?"... "boleh ke ?"... " apa maksudnya ma?" secara automatik akan keluar dari pemikiran mereka... Pada masa itu... otak ini harus berfikir ligat mencari jawapan yg sesuai dgn tahap umur begitu... kadang2 bila out of idea... terpaksa beri alasan... "nnt kita bincang lanjut... as for now i need to do few things... later okay...u help me with this first.."....

Masalah akan bertambah rumit apabila soalan2 dewasa.. akan ditanya dihadapan the two girls... and both girls will look at me... waiting for answers..... Ya Allah ... cabaran sungguh membesarkan anak ni..... and again semua sales, marketing and pr answers would be there.. ha ha...

Pernah sekali .. we were watching cerita Indon.. the title is Perempuan... so happened... the couple was on the bed.. sweating like mandi... then the eldest.. asked me..." why were they sweating "... Hah! nak jawab aper.... ? cuba cakap ?... barai jap pala otak nie.... then I said... "oh, when org shooting the light sgt panas... u experienced it before rite?... masa shooting for iklan... , the same goes here... " itu jawapan selamat yg ada pada masa tue.... then the second son continued with a statement " kenapa pengarah tak lap dulu peluh tu... kan nampak tak elok bila banyak peluh".... one thing for sure.. they didn't know.. the peluh was actually arahan dr pengarah sendiri... meant for some effect.. ha ha...

Skng... we get back to the title.. yg memberi kesan langsung ini.... Just imagine the details of the activities... being questioned and answered... properly written in the paper... being read by whole malaysians... walks of life..... which includes my kids.... my goodness....

My kids are just like me... full of questions... but now its time for me to answer all the questions...

Monday, December 21, 2009

Politik

Hari ni.. tak banyak kerja nak dibuat... dua jam awal pagi dah ku speedkan semua kerja... selesai...

Kurang pandai berpolitik dalam opis nih! tapi kadang2 bila keadaan mendesak... berpolitik jua...
contohnya... (1) memenuhkan meja dengan kertas2 atau document2 yang tah aper2... , (2) mengadap pc dan menaip ... mcm banyak sangat benda nak dibuat... tapi sebenarnya banyak melayan fb n blog.., (3) berjalan laju2 sambil memegang fail.. seolah2 ada meeting penting yg perlu di hadiri... and banyak lagi...yg orang expert selalu buat... hee hee hee. Year end mmg tak banyak project... so lepak office jer...

Tiba2 rakan kat sebelah ( yg juga sdg main politik office... hee hee hee....), gave me a shocking news...

"Engine jet pejuang TUDM hilang dan dijual dengan harga RM50juta"

Macam tak percaya bila baca news nie.... di mana kawalan keselamatan negara..? kene pulak yang hilang barang milik badan yang mengawas keselamatan negara... biar "betik"!! I can't resist laughing ... thingking that the engine flew by itself.... but at the same time... subahanallah macam manalah benda nie boleh jadi... and yet the thing happed in 2007... who was the minister then ?....

After two years.... this is the statement the same minister gave us.. "No covering up over missing jet engine"... 2 years.... my goodness.. and yet this is what he got to say ?.. or he has no words to explain this things..... or he might have forgotten what had happened during his time as the said minister....

Sebagai rakyat Malaysia yang waras... tak boleh tidak... kita mesti akan bercakap tentang hal ini... tidak kiralah... fahaman politik apakah kita... further more... its RM50M.... saperlah yang joli sakai ngan duit tue...

I had always thought (ever since last week) ... there will be no other big news by our political people other than the smile of newly wed Bung Mokhtar... who gave a statement " sy tak cukup kacak untuk dia"... hee hee hee...

Bak kata seorang kawan....Boleh Negotiate...