Wednesday, August 26, 2009

Kerana masa itu.....

Ahaks... tak lah berat sangat persoalan ni sebenarnya, cuma keupayaan masa untuk memasukkan gambar2 penting dalam blog nie, tue ajer...

Few months back I buat cuppies for a friend yg celebrate anniversary yang pertama..
Red & White theme associate with Man U Team

This one ialah cup cakes, as a gift to my friends during the SMPW senior junior reunion on 8/8 lepas ( Choc Cake & Butter Cake w Raisins)



Ini pula ialah cake special for ingatan juga dibuat during the reunion

Friday, August 21, 2009

kelebihan

Berbeza-beza kita manusia ini di muka bumi Allah.

Secara fizikalnya ada yang tinggi, rendah, gempal, gemuk, kurus, ramping.... muka bulat, lonjong, bujur sireh, empat segi... kulit cerah, gelap, kusam, kuning langsat, kemerah-merahan... and banyak lagilah....

Bagaimana pula dengan kelebihan yang kita ada. Kelebihan ini to me haruslah dikongsi, kerana tidak semua orang mempunyai kelebihan yang sama. Mana mungkin. Mungkin juga.

As for me... I pushed myself untuk memiliki kelebihan itu. Halangan hanyalah sekadar halangan, itu bukan penutup jalan. Yang menutup jalan itu adalah diri sendiri juga...yang dah give up.

Ada orang sangat pandai menguasai bahasa... macam-macam bahasa buleh... tengok ajer Mahathir Lokman... sangat envy dengan kemahiran dia. Ada juga my friend yang mahir berbahasa arab... (envy juga lagi)... bila dia borak ngan ahli keluarga dia... dia cakap arab.... best dengar... sampai tercengang pun ader... kengkadang... sengeh sensorang... sebab sangat suka dengan kelebihan orang lain.

My cousin, sekolah cina... bila dia cakap mandrin kita jadi cam terkebelakang sangat dalam pengetahuan.... (envy lagi), my mom sendiri... cakap tamil... dah macam bahasa ibunda dah untuk dia... ( envy juga laaaa), Me? setakat bahasa malaysia dan English... itu jer ader.... but for some people... My ability to converse in english buat diorang envy pula to me.... itu semua kelebihan masing-masing....

Berjumpa dengan seseorang yang sangat pandai bertukang.... semua kabinet kat rumah bikin sendiri, ukir perabut rumah bagi cantik... ketam kayu bagi kemas kerja2 diorang. Tukang paip yang charge me up to RM300 untuk pasang my filter (sekali kerja jer tuh...), juga kerja dengan kemas dan bersih. Electrician, buat wiring kat my house... lepas my house p rumah orang lain pulak... bila tanya... their earning sehari boleh cecah RM1,000. (perghhh banyak tuh..) untuk kerja sehari suntuk... terutamanya bila ada kawasan rumah baru atau nak dekat raya cam nih. Tukang potong rumput, yang selain potong rumput kat my house untuk sejam dengan bayaran RM20-30 sekali potong... untuk hari minggu cam tu pun boleh dapat kat beratus juga... on top of kontrak potong rumput tepi jalan.

Orang yang sangat pandai membaiki computer, otak genius. Sangat teliti dan sangat kemas... sebab to me orang cam ni... memang hebat sbb... nak pastikan computer itu pulih seperti sediakala... (cam doctor juga lah), kerana computer ni nowdays dah macam bawak ic, kehulu kehiilir .... penting sungguh document yang ader... kalu pc / laptop kong.... kan ker susah....

Ramai orang melihat kelebihan orang lain tanpa mampu melihat kelebihan diri sendiri.... to me orang cam ni... sangat merendah diri... tapi tak boleh terlalu merendah diri.... nanti orang lain amik kesempatan....

Ramai lagi orang hanya melihat kelebihan diri sendiri tanpa mampu melihat kelebihan orang lain... to me... rugi sungguh orang ini... kerana tak berkeupayaan untuk share... because diorang rasa diorang jer yang baik... so susahlah nak share....

Ada juga orang... tak tau apa itu kelebihan. Susah juga ngan orang cam ni. Jalan straight jer....

Apapun kelebihan dan kemahiran boleh di pelajari dan di usahakan.
Yang sukar adalah sifat dan sikap melihat kelebihan itu untuk kebaikan diri dan kebaikan orang lain... kerana... sikap mencerminkan sifat... dan sifat itu mencerminkan diri... dan diri itu adalah kita.

Jadi mulalah melihat kelebihan ini dari sudut yang positif, haruslah manipulate kemahiran diri ini supaya memberi kebaikan kepada hidup kita dan juga orang lain...

Kita saling memerlukan. Tak perlu segan dengan kekurangan... sebab setiap orang juga ada kekurangannya.

Wednesday, August 19, 2009

Melayukah aku?

Tidak aku tidak melayu.... aku tak mahu melayu...

Pernah seorang driver taxi bertanya " anak ni ada campur india ker?" aku kata "ya.... arwah datuk saya sebelah mak" . Agak bangga sebenarnya sebab mempunyai darah campuran. My grandma (ibu my mom), arwah bapanya nya dari keturunan Perancis, manakala ibunya dari keturunan Siam. My father lak... memang pure indon, (hee hee hee) My late grandma (sebelah ayah) memang dari Sulawesi Indonesia, as for my late grandpa pulak dari keturunan Daing dari sebelah perak ( dari lima bersaudara itu juga dari indon).

Seronok kerana tahu susur galur keluarga sendiri. So do I pure malay? If dikatakan dari susur galur rumpun melayu... then I am.

If meilhat kepada rupa ahli keluarga my mom, memang ada rupa2 pakistan jual carpet, mamak kedai kopi, ane roti canai, Rishi Kapoor... Anil Kapoor ... semua aderlahhh (hee hee hee) As for the ladies , a very fair skin... contras skin, hidung kembang...hidung mancung cucuk langit pun ader. One thing for sure... mata kami orang semua chantekkk (wu hu!). Nnt ada masa I will post some of my family photos.

Baru-baru ini, my friend tanya " awak ni ada campur keturuan india ker?" then I said "yes sebelah my mom, from penang".... then my friend kata " ohhh patutla rupa abang awak dan adik awak cam ada campur jer.... tengok la badan diorang pun" (cheh! mcm nak kata aku jer...hee hee hee). Yes, its true... I knew where I came from.

Some malays are very sensitive about this malay matters. It is not I don't care... I do... but I just don't even know how to group myself to pure malays. Memang my IC written "MELAYU" , I admit... sebab takkan nak tulis.. Bugis, India, Perancis, Siam pulak kat dalam tu kan?...... Harus lebih banyak membuat kajian tentang how myself jatuh kategori Melayu, ingatkan dah banyak belajar sejarah tanah melayu dah tahu... tapi masih banyak ilmu yang perlu di cari...... (kurang ilmu lagi nih).... ini satu challenge for myself..... GO FOR IT DAING

Harus sentiasa berfikiran positif, membangkitkan semangat diri... semangat juang yang tinggi... agar harus terus berdiri dan berdikari, berjiwa kental dan berdedikasi KERANA ITULAH AKU MENGAKU AKU TIDAK ME"LAYU" DAN TIDAK MAHU ME"LAYU"... AKU INGIN SENTIASA KEHADAPAN.. DAN TERUS BERJUANG....

Ramadhan Al Mubarak

Tinggal kurang dari tiga hari sebelum kita semua bertemu Ramadhan semula.

Some of us tak sempat untuk menikmati Ramadhan kali ini... some of us mungkin sempat... ~ mungkin sebab Ramdhan ada beberapa ribu saat lagi... dalam saat-saat itu apa pun mungkin boleh terjadi. InsyaAllah dengan izinNya semoga kita semua dapat menikmati bulan yang indah ini.

Bulan Ramadhan memang bulan yang sangat dinantikan oleh my kids. Sangat teruja dengan kehadiran Ramadhan, dah siap plan nak buat aper bulan tu nanti. My kids juga sangat menantikan kehadiran my grandma, InsyaAllah jika ada rezeki my grandma akan berpuasa di rumah kami... seperti beberapa tahun yang dulu. Why is it so important for us to have my grandma at home.... sebabnya... perasaan Ramadhan itu sangat terasa, lagi pula... my grandma sangat rajin mengaji... setiap masa. As for me... beramadhan dengan my grandma adalah antara perkara terindah berlaku dalam hidup.

My grandma juga melayan my kids dengan upah 50sen sehari jika puasa cukup and of course my grandma siap tempah bunga api for the kids.... (tu la sebabnyer kot... heiii budak-budak nihhh).

Jarang membeli belah di bazaar Ramadhan... paling tinggi pun beli murtabak... selain itu , masak kat rumah. Beberapa tahun dulu... selalu juga ke bazaar Ramadhan, tapi end up, makanan tak sedap atau rosak. Akhirnya anak2 sendiri buat pilihan tahun ini, not to buy anything from the bazaar kecuali murtabak, sepertimana tahun lepas.

Last year, first Terawih kat Masjid Negeri Shah Alam ( situlah ammar bought me anak tudung... sampai sekarang masih pakai lagi) , this year mungkin aktiviti yang sama. Lagipun dah cuti sekolah dah masa tue, so tak yah nak risau... tentang waktu tido anak2.

Menjelang malam Lailatul Qadar, anak2 selalunya will ask me to tell them the important things that would happened that night. So every year akan citer... if my grandma ada masa tue... my grandma akan ceritakan. The kids juga akan be very happy dengan lampu-lampu minyak tanah yang dipasang sekeliling rumah... bermain dengan anak2 jiran... cuma kali ni Aisyah tak der... sure the kids will miss her...

Sangat suka dengan kedatangan Ramadhan, melihatkan anak2 yang sangat teruja dengan amalan berpuasa. Bersungguh2 menikmati hindangan berbuka, dengan bacaan doa berbuka dan doa makan. Tahun ini... Syasya dan Sarah harus diberi perhatian yang serius... as for Azim dan Ammar, insyaAllah...harap2 seperti tahun2 yang dulu... dapat mendidik diri sendiri untuk kuatkan iman dan semangat untuk terus berpuasa penuh.

Bulan Ramadhan juga bulan yang terbaik untuk mohon ampun dan maaf dari sesiapa pun. Banyak betul pahalanya jika dilakukan dalam bulan ini. Kerana setiap perbuatan yang baik ganjarannya berlipat kali ganda.

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua.
Mohon Ampun dan Maaf jika, any of my posting tidak disenangi.

Selamat berpuasa

Friday, August 14, 2009

Penat tapi Puas

Agak kerap terjaga sekitar jam 4.30 pagi sejak 3 bulan yang lalu... bila dipaksa-paksa mata ni lelap susah pulak... macam dah bersedia benar untuk memulakan hari seawal 4.30 tuh...

Sehingga sekarang.. sistem kepala dan tubuh badan nih dah benar2 sebati dengan waktu tue... bila difikirkan balik.. ada baiknya juga.... kali ni kita menunggu subuh... dari subuh memanggil kita.....

Lately... waktu sebegini dimanafaatkan dengan buat sample kuih raya. Sebenarnya bila balik kerja agak penat otak dan badan ni... lagi pulak habis jer kerja kene p fetch my hubby yang sentiasa berpindah randah pejabatnya... kali ni station kat Bukit Tinggi Klang for 2 weeks... before balik semula ke Pandamaran.... Sian tengok my hubby punya keadaan kerja... tapi rasanya sian lagi kat diri sendiri... sebab...every time dia pindah office... maka setiap waktu itulah gue ini terpaksa adjust masa untuk hantar and jemput dia balik keje. Biasanya perjalanan untuk seluruh hari itu (hanya utk hubby jer) dah kat 3 jam atas jalan raya....Tidak termasuk... hantar anak2 sekolah waktu petang...

Disebabkan terlalu petat pada waktu balik keje... maka makan malam juga agak ala kadar sahaja... ada protein.. ada vege dah okay dah.... by 11 mata dah nak terkatup dah....

4.30am sekarang ni telah dimanafaatkan dengan kuih raya, cuppies, kemas dapur, gosok baju, siapkan sarapan anak2 and siapkan lunch anak2. then mandi and solat. Pas monitor anak2 naik bas... if bas terlepas... maka... mamanya ini haruslah menghantarnya pula...............

Semalam adalah masa tido paling pendek bagi bulan nih... balik dari office dah jam 7, terus p tesco... beli barang sikit.... then terus p rumah mak... for maghrib and sbb nak amik milk and few items that I bought during lunch hour kat Mydin ngan my parents & my sis yg half day tu. By the time I reached home, Azim dah p tuisyen jalan kaki... (sian anak mama - sblm ni dah beberapa kali teman kan Azim jalan kaki... 3 min jer... so x risau sangat dah). Kat rumah Ammar, Syasya and Sarah jer yang tinggal.

Masing2 dah makan, lauk kari ikan yg I masak for lunch tadi. Lepas the kids help me with the items I bought from Mydin and Tesco tue... I terus prepare 50pcs cuppies for my friend, friday morning nak amik. By 11, my cuppies siap... pas tu, me & my kids berempat terus siap p rumah my mom... semua kids opt to follow me... I told my hubby I might overnight kat rumah mak sbb lepas tolong mak masak for her event on Friday jugak... I mungkin dah tak larat nak drive home... so by 4 or 5am the next day I akan balik rumah.

Off the five of us went to my parents house... (approx 15-20min drive), left my hubby alone at home till 5am. Sampai jer rumah mak... terus p dapur... mak dah mula masak... and I just tolong apa yang patut... and of course, ayam masak merah yang my mom minta I prepare for her function. So masaklah kitorang berdua... dengan ayah dan my kids.. yang kuar masuk dapur... cari2 kot2 ada benda yang boleh munch.

By 1am the ayam dah siap... my mata dah layu giler... cakap ngan mak... I need to rest sbb esok I need to cook for my event lak... My kids? layan tv ngan atuk dia.... Exactly 3.50am I dah terjaga... then tengok jam... urgghhhh awal lagi... tengok anak2 dah macam udang tidurnya... kesejukan kat hall rumah mak tu.... I bangun and selimutkan anak2 then tutup aircond... just let the kipas terus pusing. Baring balik... sbb badan penat... tapi pala tak mau rest dah... then by 4.30am kejutkan anak2 masuk kereta... and by 4.45am chow balik rumah.

Sampai jer rumah... anak2 sambung tido... Myself terus p dapur.. kemas2 sikit... and start to prepare my portion for my office pot luck and of course... my kids nyer b/fast and lunch. Tengah2 prepare tu.. tetiba my phone ada message masuk... bila tengok jer... my big boss sudah hantar message... "meeting at 8.30am today, regarding....." masa tu... adusssssss meeting la pulak... time2 cam ni....

By 8am I left for my office... barang2 semua dah di masukkan dalam kete. P rumah mak dulu, sbb my friend yang nak ambik cuppies tu ada order few malay kuih from my mom's neighbour. From there... my father yang hantar p office... my hubby terus p keje...

By 8.45am meeting baru start, pala gue ini tengah dok pikir nak p amik nasi dagang and satay by 9.30am sbb one of the manager yang patut amik tu ... x leh nak amik sbb kitorang semua dalam bilik meeting.... by 9.15am I kuar sat ajak kawan kat office... p amik barang2 tue...
by 10.15am semua barang dah amik...

Nasib baik before I left the office, I dah minta one of the staff to help me on the buffet line arrangement... so by the time I reached office... semua barang dah tersusun kat area foyer office... and I just call few guy yang tengah minggle kat buffet area tuh... amik the nasi dagang n satay from the bonnet .... Just the right time, semua sampai bila food dah ready semua...

Semua makan sampai puas... muka masing2 sangat happy... sbb plenty of foods... Myself ? penat giler... sampai tak larat nak makan...

Tapi best sebab semua happy.

Thursday, August 13, 2009

When The Parrot Starts Talking

Not a good sign.

When the parrot starts talking.
It will repeat every single word you say.
and it will also repeat every single word other people say.

This parrot doesn't have any heart feelings. Just say what ever they've been trained to say, and they used to said.

It is quite annoying when you have this parrot around you. It will make you forced to listen the the same thing again, and again, as if we don't have the ability to understand. I pity this parrot, it is beauty without brain.... talking nonsense, never feel other peoples feeling when it says something...the word just came out from the mouth... just like that. Well else can we say, that parrot is not a human.

But what if a human being behave like a parrot ?, I would pity them more...
The worst part when you have your colleague behave like a parrot, trying to explain to you what ever your other colleagues told both of you... and you'll be like.... "ehemmmm.... okay.... okay.... " and your eyes started to look at the other friend with thousands expressions.

Heyy... this parrot is sincere, they never hide a thing, because whatever they knew they threw it away.... and what left with them? ZERO, because they never think before act. One thing for sure... some of the words may left scars to other people. Do they ever care ? NO..

Because they are just parrot

Menunggu Bulan Jatuh Ke Riba

Banyak sebenyarnya keinginan kita dalam hidup ni... macam macam kita nak. Keinginan ini sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa dan kemampuan kita.

Ada banyak keingin yang boleh dimiliki hanya dengan berusaha and of course di izinkan Allah. Ada keinginan kita datang sendiri, bagai di sua-sua pada kita... and kita pulak apa lagi... capai ajer ahhh..... Ada keinginan yang sangat lama untuk dikecapi... yang ni memang menuntut banyak kesabaran. Ada juga keinginan yang tak mungkin tergapai... bagai menunggu bulan jatuh keriba...

Keinginan yang ini memang tidak boleh dirancang, kerana mana mungkin bulan boleh jatuh keriba. Hanya jia kita pejam mata... and fikir bulan tu sampai kat riba... barulah jadik.... tapi hakikatnya... bulan tu masih nun jauh di sana.

Keinginan banyak berkitar tentang persoalan hati dan perasaan. Ada ketikanya bila keinginan kita tidak dapat dipenuhi, perasaan kita akan memberontak, marah, bengang... and bingung... (Tapi kan bulan tu tak bisa jatuh ke riba kannn?.... )

Ada keinginan kita, yang mampu kita tolak ajer ke tepi... (len kali laaaa...) boleh kita tangguh sebab tidak ada urgency nyer... Tapi ada juga keinginan yang memang tak boleh... tapi dipaksa perasaan dan hati bagi kata boleh....( cam ner tuh?)

Bila keinginan itu melibatkan ilmu dan pelajaran... keinginan itu harus di pupuk dan diusahakan. Bagi jadik. Cepat atau lambat itu persoalan kedua, yang penting jadik.

Sejauh mana kita boleh bersabar bila melibatkan keinginan ini. Istighfar banyak-banyak. Perasaan teringin itu akan reda. Bila perasaan teringin tu datang balik... istighfar lagi.... InsyaAllah perasaan teringin itu akan reda dengan sendiri.

Tapi awas... dong... kita ni kan manusia yang banyak pemikiran dan cita-cita.. jadi... keinginan lain akan datang menggantikan keinginan yang telah reda tadi...

Apa pun pokok persoalannya. Keinginan untuk menanti bulan jatuh keriba adalah keinginan yang sia-sia.